校史

SEJARAH SEKOLAH

平民国民型华文小学校史

         平民国民型华文小学创校于“Kuala Nau” 市镇,由于缺乏文史记录,1952年以前的校史无从考究。

         1952年初,由于马来亚进入紧急状态,平民小学随着该市镇居民迁入基锐华人新村。迁校初期,全校仅有两位老师和十名学生。之后, 学生人数逐年增加,直至1981年达巅峰期,时年教师人数9位,学生人数179名。90年代始,学生人数随着新村人口外移而逐年减少。

         1975年,本校获得郭氏基金捐助RM3500, 兴建了三间课室; 同年,在房屋及乡村发展部拨款下,一座篮球场也建竣了。      1979年,在有关人士热心协助下,董事部获得RM9000兴建了三间课室。

         本校在八十年代发展迅速。1981年,耗资RM8000的食堂建竣。1983年,教育部拨款RM28000兴建一座行政处,取代年久失修的课室。1984年,耗资RM40000的三间课室和RM4000的厕所也建竣于平民校园。1999年,校方获得教育部拨款RM30000兴建礼堂。 该座礼堂于2000年杪建竣。国会议员和州议员在提升本校硬体设备方面也出力不少。2006年,华玲国会议员拨款RM5000提升本校一间课室为数理课室。

近年来,在教育部拨款下, 本校逐步提升各种建设,如翻新厕所,筑起新篱笆,提升教师停车场,替换残旧的屋顶,翻新两座被白蚁侵蚀的课室等等。2018年,为符合21世纪教学模式,将科技及教学软件融入教学策略,本校耗资RM25000设立了两间智慧课室,以推行多媒体教学,让学生能在更丰富和更全面的教育中获益。

随着软硬体设备的逐步提升,学生得以在设备完善和环境舒适的校园学习。 即使面对新村人口迁移而导致学生人数逐年下降的问题,平民小学在学术和课外活动方面始终取得令人鼓舞及辉煌的成绩。这一切都有赖于董事部、家教协会和学校三方面的配合和付出。期许平民小学在各造的努力和贡献下有着更美好的明天。

SEJARAH SJK(C) PENG MIN, KEJAI

SJK(C)Peng Min, Kejai ditubuhkan di Pekan Kuala Nau. Oleh sebab kekurangan rekod yang lengkap, maka asal-usul dan perkembangan sebelum tahun 1952 tidak dapat dikesan lagi.

         Pada awal tahun 1952, penduduk-penduduk Pekan Kuala Nau telah ditempat semula di Kampung Baru Kejai akibat darurat. Maka dengan itu, halaman sekolah kini terpilih untuk dijadikan tapak baru sekolah. Pada masa itu, bilangan murid hanya sepuluh orang dan dibimbing oleh dua orang guru. Selepas itu, sekolah terus berkembang sehingga bilangan murid mencapai kemuncaknya pada tahun 1981, iaitu 179 orang murid dan bilangan guru 9 orang.

         Pada tahun 1975, bantuan sebanyak RM3500 daripada Yayasan Kuok digunakan untuk membina tiga buah bilik darjah. Satu gelanggang bola keranjang yang dibiayai oleh Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan turut siap dibina pada tahun yang sama. Pada tahun 1979, tiga buah bilik darjah siap dibina dengan subsidi sebanyak RM9000 di bawah bantuan bekas Pengelola Sekolah-sekolah Cina, Encik Chong Kwan Pow dan pegawai perhubungan sekolah-sekolah, Encik Chu.

Pada tahun 80an, kantin dan blok pejabat pentadbiran siap dibina dengan kos pembinaan RM8000 dan RM28000. Tiga buah bilik darjah dan empat buah tandas berserta dua buah bilik mandi juga dibina dengan jumlah kos RM44000. 

Pada hujung tahun 2000, dewan sekolah siap dibina dengan peruntukan sebanyak RM30000 di bawah bantuan Dato Hon dan MCA. Sebuah bilik darjah juga dinaiktaraf menjadi bilik PPSMI dengan sumbangan RM5000 dari Ahli Parlimen Baling pada tahun 2006. Bangunan-bangunan sekolah telah diselenggara dan dinaiktaraf secara beransur-ansur dengan bantuan modal Kementerian Pelajaran Malaysia kebelakangan tahun ini. Pada tahun 2018, memandangkan kepesatan arus teknologi dalam pendidikan masa kini, dua buah bilik darjah digital telah didirikan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan lebih aktif justeru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Dengan adanya projek-projek naiktaraf ini, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang lebih kondusif dan serba lengkap. Walaupun bilangan murid semakin mengurang disebabkan penghijrahan pemuda-pemuda ke bandar, namun prestasi sekolah kekal menggalakkan dan tetap membanggakan. Segala usaha dari pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan pihak sekolah tidak dapat diabaikan dalam sejarah pembangunan sekolah. Diharap SJK(C) Peng Min terus mencapai kemajuan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.