Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pasir Pinji (2) atau nama ringkasnya SJK(C) Pasir Pinji (2), merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Sekolah, Pasir Pinji. Nama sekolah ini asalnya adalah Sekolah Choong Wah yang didirikan pada tahun 1939 di kawasan Pasir Putih Baru. Pada tahun 1941, sekolah terpaksa ditutup kerana pemerintahan Jepun pada masa itu, dan kemudian dibuka semula pada tahun 1946. Pada tahun 1951, kerajaan British mengarahkan sekolah ini berpindah ke Kampung Baru Pasir Pinji dan ditukarkan namanya kepada “Pasir Pinji Public School”.
Pada tahun 1958, Jabatan Pendidikan telah mengarahkan supaya nama sekolah ditukarkan kepada “Pasir Pinji Standard Type Primary School”. Pada tahun yang seterusnya, sekolah ini dapat menerima bantuan penuh dari Jabatan Pendidikan Negeri. Pada tahun 1961, nama sekolah ini ditukar sekali lagi menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Pasir Pinji, Ipoh.
Pada tahun 1962, sesi pagi dan sesi petang sekolah ini telah didaftarkan berasingan dan dijadikan dua buah sekolah, iaitu SRJK(C) Pasir Pinji 1 dan SRJK(C) Pasir Pinji 2.
Pada tahun 2022, jumlah keseluruhan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pasir Pinji (2) seramai 501 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.
Huraian Maksud Lencana:
Warna putih, kuning dan hitam melambangkan bendera Negeri Perak.
Obor melambangkan kecemerlangan dan semangat kesukanan.
Cogankata pada pingat: membawa maksud
Taat Kepada Raja dan Negara.
Jujur pada setiap masa.
Rajin berusaha.