1937
Sekolah bernama Yuk Wah CHINESE School telah ditubuhkan dengan cara menyewa dua buah kedai di pekan Manong untuk dijadikan bilik darjah. Guru Besar yang pertama kepada sekolah ini ialah Encik Lee Wen Chow.Beliau juga dibantu oleh 2 orang guru penolong pada masa itu.
Senarai nama ahli-ahli jawatankuasa yang menubuhkan Sekolah, Encik Wong Sin Yin, Encik Wong Swee Paik, Encik Liew Chong She, Encik Ong Boon Lek, Encik Cheong Meng, Encik Chew Yap Nam dan Encik Yap Choo Tin.
Sekolah ini terpaksa ditutup semasa Perang Dunia Kedua.
1955
Penduduk-penduduk pekan Manong mendirikan sekolah di tapaknya sekarang dan membina dengan tenaga mereka sendiri iaitu tidak mendapat bantuan kerajaan.Oleh itu, sekolah ini telah dinamakan ‘Manong Public Chinese School’ selepas pindah ke tapak sekarang.Sekolah baru ini mengandungi 3 buah bilik darjah, 1 bilik guru dan rumah guru. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, waktu pelajaran pada masa itu terpaksa diagihkan kepada 2 waktu, iaitu waktu pagi dan waktu petang. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 169 orang murid-murid. Pada masa itu, hanya terdapat murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja.Sekarang Tapak ini dimilik oleh Kerajaan.
1957
Pada 16hb September 1957, ‘ManongPublicChineseSchool’ telah tukar nama kepada ‘Sekolah Cina Manong’. Jumlah guru pada masa itu telah bertambah kepada 6 orang guru dengan kedatangan seorang guru melayu yang mengajar mata pelajaran ‘Bahasa Kebangsaan’.Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 193 orang murid-murid.Pada masa itu, hanya terdapat murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.
1958
Pada tahun itu, ahli jawatankuasa telah menubuhkan satu majlis jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menambah bangunan sekolah yang baru nanti.Derma yang dapat dipungut dari orang ramai ialah sebanyak RM 10,000, tetapi tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan. Pada tahun yang sama, sekolah ini telah diubahkan menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan. Terdapat dua buah bilik darjah lagi didirikan.Rumah guru yang pertama pun telah diubahsuai menjadi bilik darjah sementara.Pada masa itu, sekolah ini telah pun menjadi sempurna.Enrolmen murid pada tahun itu adalah seramai 219 orang.Pada masa itu juga, sekolah telah terdapat murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Selain itu, calon-calon yang memasuki peperiksaan ke Sekolah Menengah pada tahun itu, semuanya mendapat kelulusan.Mereka itu adalah murid-murid yang tamat daripada sekolah ini yang pertama. Pada tahun yang sama, Encik Chan Leong Chong dilantik sebagai Guru Besar apabila Encik Lee Wen Chow letakkan jawatannya.
1959
Pada awal tahun 1959, ahli-ahli jawatankuasa meminta ahli-ahli pembinaan membina sebuah bangunan sekolah, sebuah rumah guru, sebuah bilik darjah serta membaiki rumah-rumah guru untuk dijadikan sebuah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Pada tahun yang sama, enrolmen murid telah meningkat sehingga 237 orang yang mana ia adalah yang tertinggi dalam rekod sekolah. Selain itu, murid-murid darjah enam yang memasuki peperikasaan ke sekolah menengah juga telah Berjaya mendapat seratus peratus.
1960
Murid-murid yang belajar di sekolah ini berkurangan kepada 214 orang sahaja, kerana kebanyakan penjaga murid telah berpindah ke bandar bersama keluarga mereka untuk mencari pekerjaan. Pada akhir tahun yang sama, guru-guru sementara B.C tidak mendapat kebenaran daripada pejabat pelajaran untuk mengajar lagi.
1961
Sekolah ini secara rasminya bertukar nama kepada nama ‘Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Manong’ di bawah Penyata Rahman Talib. Enrolmen murid pada tahun itu adalah seramai 215 orang kesemuanya. Pada 3hb Julai 1961, didirikan sebuah padang badminton bersimen dan sebuah tempat menjual makan murid-murid (kantin).
1971
SRJK(C) MANONG telah menyambut hari ulangtahun yang ke-35, majlis sambutan ulang tahun tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak dengan menganjurkan sesuatu pameran sains dan lukisan serta kraf tangan murid-murid.Selain itu, dua buah bilik darjah dibina pada tahun itu.
1977
Dewan yang mengandungi satu pentas dan sebuah gelanggan badminton telah didirikan. Dewan sekolah ini telah dibina di atas sokongan penduduk kampung, tambahan pula sebuah bangunan lama dijadikan pusat sumber. Pembukaan ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak.
1984
Encik Kong Lay Hwa dilantik sebagai Guru Besar apabila Encik Chang Leong Choong ditukarkan ke Ipoh.
1987
Encik Lim Cheng Chuan dilantik sebagai Guru Besar apabila Encik Kong Lay Hwa bersara.
1989
Tandas baru telah didirikan di bawah Projek Kerja Kecil Rancangan Malaysia Kelima. Pada tahun yang sama, Encik Mong Kai Kow telah dilantik sebagai Guru Besar apabila Encik Lim Cheng Chuan bertukar ke SJK(C) Salak Bahru..
1994
Enrolmen murid adalah seramai 94 orang. Pada msa itu, terdapat 8 orang guru yang mengajar di sekolah ini antaranya termasuklah guru besar. Selain itu, bangunan yang dibina pada tahun 1955 iaitu bangunan yang mengandungi 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru telah diperiksa oleh Jurutera JKR Kuala Kangsar dan dicadangkan dibina semula kerana diserang anai-anai pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Puan Yeoh Chin Pio telah dilantik sebagai Guru Besar apabila Encik Mong Kai Kow ditukarkan ke SJK(C) Sey Wah, Enggor.
1995
Enrolmen murid adalah seramai 84 orang. Pada masa itu, terdapat 7 orang guru dan 1 orang guru agama yang bertanggungjawab mengajar di sekolah ini. Pada Mei 1995, atap blok yang dibina pada 1964 dan 1974 telah ditukarkan oleh JKR Kuala Kangsar.
1996
Dengan usaha PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Manong telah menerima bantuan daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah Aziz sebanyak RM 120,000.00.Bangunan ini telah mula digunakan serta dirasmikan pada tahun 1998.
2001
Sekolah mendapat kontrak menerima Pegawai Keselamatan (Jaga) daripada pihak swasta.
2002
Encik Pho Nye Seng telah dilantik sebagai Guru Besar apabila Puan Yeoh Chin Pio bertukar ke SJK(C) Sey Wah, Enggor. Pada tahun yang sama, Encik Pho Nye Seng bersara. Pada masa yang sama, Puan Heng Siew Lim telah dilantik sebagai Guru Besar yang ke-9 sampai sekarang. Pagar sekolah dinaik taraf atas usaha Pn. Heng.
2006
Enrolmen murid sekolah semakin berkurangan setiap tahun.Enrolmen murid bagi tahun 2006 adalah 22 orang sahaja.
Bilik Komputer sekolah dinaik taraf dan mendapat 5 buah komputer yang baru daripada pihak kerajaan.Kemudahan internet juga disediakan di dalam Bilik Komputer.Ini telah memanfaatkan semua guru dan murid-murid sekolah. Tandas murid juga telah dinaik taraf dengan seramik.
Pn. Soo Lan Tee, Guru Kanan SJK(C) Manong, telah bersara pada 12.11.2006. Pn. Soo telah berkhidmat di sekolah ini selama 35 tahun sejak beliau menjadi guru sandaran tidak telatih lagi. Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Murid-murid tua telah mengadakan satu jamuan perpisahan persaraan untuk Pn. Soo dengan meriah.
2008
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 24 orang, dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kini, termasuklah Guru Besar, terdapat 6 orang guru terlatih, 2 orang GSTT, 1 orang guru agama GSTT yang berkhidmat di sekolah ini.Puan Heng Siew Lim tetap merupakan Guru Besar di sekolah ini sehingga sekarang. Atas usaha Pn. Heng dan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid-murid Tua, sekolah mendapat banyak kemudahan. Pada 13.11.2008, keputusan UPSR telah diumumkan, keputusan yang dinanti-nantikan ini telah membanggakan sekolah setelah selang 10 tahun.Soo Kai Lin telah mendapat 7A dalam UPSR.
2011
Pada 16 November 2011, Puan Heng Siew Lim selaku guru besar telah bersara dan tempat beliau diganti oleh Cik Lam Yoke Kit selaku Guru Besar SJK(C) Manong yang Ke-10. Beliau mula menjawat jawatan tersebut pada 17 November 2011.Sekolah mendapat peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Fasa Ke-16 , KPM (Anai-anai) sejumlah RM62,000.00.
2012
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 26 orang iaitu 12 orang murid Cina, 13 orang murid Melayu dan seorang murid India. Guru pula terdiri daripada seramai 12 orang iaitu Guru Besar, 5 orang guru terlatih, 2 orang guru GSTT(KDC dan KPLI), 1 orang guru kontrak MBI, 1 orang Guru Agama Beredar, dan 2 orang guru interim. Terdapat 3 orang staf sokongan iaitu seorang pembantu tadbir, seorang PRA Tetap dan seorang PRA Kontrak.Lembaga Pengurus telah membaikpulih kantin sekolah yang mengalami kerosakan kritikal dengan tanggungan belanja sebanyak RM12,000.00. Pada tahun ini(bulan Oktober), sekolah mendapat bantuan membaikpulih tandas sekolah sebanyak RM20,000.00. Pada masa yang sama, pihak sekolah mendapat bantuan senggaraan / membina kembali Bilik Kemahiran Hidup Termasuk mengganti atap asbestos, kerja-kerja mengecat iaitu sebanyak RM200,000.00. Dalam blok KH ini, terdapat 5 buah bilik iaitu bilik KH, bilik Pendidikan Seni/bilik agama, bilik Pendidikan Jasmani, bilik BBM dan bilik stor. Tahun ini seramai 3 orang calon menduduki UPSR. Keputusan UPSR tahun ini amat baik di mana seorang calon iaitu Tang Yu Jing mendapat 7A manakala 2 calon yang lain adalah pemegang kad OKU. Jadi, peratus lulus keseluruhan adalah 33.33%.
2013
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 30 orang iaitu 12 orang murid Cina, 16 orang murid Melayu dan 2 orang murid India. Bilangan guru masih seramai 12 orang. Bilangan staf pula seramai 7 orang, iaitu tambah 4 orang pekerja swasta. Sekolah mendapat sumbangan daripada YB Dato Haji Ramly sebanyak RM5000 untuk pembelian 2 set komputer, 1 printer dan 1 projektor. Pihak sekolah mendapat peruntukan menjalankan kerja-kerja baikpulih longkang belakang sekolah, paip air sekolah, Bilik Sains dan tandas sekolah berjumlah RM10,000.00. Keputusan UPSR diumumkan di mana tiada calon lulus keseluruhan (5 orang calon) tetapi GPS sekolah bertambah baik di mana dari 3.43 ke 2.51.
2014
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 34 orang iaitu 16 orang murid Cina, 16 orang murid Melayu dan 2 orang murid India. Bilangan guru masih seramai 12 orang.Bilangan staf juga kekal seramai 7 orang.Pihak sekolah mendapat peruntukan Rawatan Anai-anai dan Makluk Perosak berjumlah RM10,000.00 pada bulan April.
Keputusan UPSR diumumkan pada 27 November di mana sekolah mencapai keputusan kelulusan 66.67% ( iaitu 2 orang calon daripada 3 orang calon) dan GPS sekolah bertambah baik di mana dari 2.51 ke 2.38. Jadi, sekolah mendapat Sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR 2014 dalam kategori Lompatan Saujana (SKM) Daerah Kuala Kangsar.
2015
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 32 orang iaitu 16 orang murid Cina, 14 orang murid dan 2 orang murid India. Bilangan guru mengikut waran 2015 mencukupi iaitu seramai 12 orang.Bilangan staf seramai 6 orang.
2016
Enrolmen murid dari 32 orang tahun 2016 dikurangkan kepada 30 orang. Bilangan Guru mencukupi iaitu seramai 12 orang. Pencapaian UPSR tahun ini melonjak dengan pesat. Peratus pencapaian 80%. Selain daripada matapelajaran Bahasa Cina mendapat keputusan 80% sahaja,semua mata pelajaran mencapai peratusan 100%.
Berkesempatan pilihan kecil Parlimen Kuala Kangsar, Menteri Pendidikan dua kali melawat secara terkejut ke sekolah.Ketibaan Menteri Pendidikan ialah menyiasat kerosakan dan penyelenggaran dewan serta bangunan sekolah yang uzur dan rosak.Beliau berjanji akan membuat penyelenggaran dan projek bina semula dewan akan dijalankan dibawah Rancangan Malaysia ke 5.
2017
Bilangan murid bertambah semula ke 32 orang.Guru besar Cik Lam Yoke Kit dinaikkan tempat ke SJKC Sungai Buloh pada 22.4.2017.Pada 2.5.2017, Puan Chuah Lee Sun telah melapor diri sebagai Guru Besar SJKC Manong. Sejak Puan Chuah mengambilalih jawatan Guru Besar,beliau berusaha untuk mencari jalan menaikkan taraf infra-struktur dan kelengkapan sekolah. Dalam masa dua minggu, beliau telah dapat mencari penderma luar menyumbang 7 buah komputer secara percuma untuk kegunaan PdP dan pentadbiran.Beliau juga mendapatkan bantuan peruntukan daripada YB Wakil Rakyat Kuala Kangsar dan pemimpin politik tempatan masing-masing sebanyak 5 ribu Ringgit untuk menambah dan membaiki kelengkapan sekolah.
2020
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 41 orang. Guru besar Puan Chuah Lee Sun PPT dinaikkan tempat ke SJKC Tsung Wah pada 25.11.2020. Pada masa yang sama, Encik Beh Chaw Hong telah melapor diri sebagai Guru Besar SJKC Manong.
2021
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 41 orang, terdiri daripada 16 orang Melayu, 24 orang Cina dan seorang India. Pada awal tahun, sebagai sebuah sekolah bantuan penuh, SJKC Manong telah mendapat peruntukan sebanyak RM70,000 daripada kerajaan untuk naik taraf bilik kelas baru, kantin baru dan gelanggang bola keranjang. Pasang jubin di bilik kelas baru dan kantin baru. Pada tahun yang sama, peruntukan ini juga digunakan untuk pemasangan kabel, lampu dan kipas di gelanggang bola keranjang. Terdapat 9 orang murid mendapat tablet Samsung Galaxy dari Syarikat Eu Yan Sang.
2022
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 44 orang, terdiri daripada 20 orang Melayu, 23 orang Cina dan seorang India. Encik Beh Chaw Hong telah dapat sumbangan 4 buah komputer daripada kawannya di Sitiawan untuk kegunaan bilik komputer. Persatuan Letrik Perak menyumbang 2 buah pendingin hawa (untuk kegunaan bilik guru dan pejabat am), sebuah penyedut habuk, sebuah ketuhar elektrik dan sebuah penyejuk udara.
2023
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 47 orang, terdiri daripada 23 orang Melayu, 22 orang Cina, seorang India dan seorang bukan warganegara. Pasukan Perpaduan Manong yang terdiri daripada murid-murid SK Manong dan SJKC Manong telah memperolehi johan dalam Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Daerah bagi kategori lelaki B12 dan naib johan bagi kategori Perempuan B12, serta naib johan bagi kategori Perempuan B11. Penglibatan ini merupakan kali pertama bagi murid-murid SK Manong belajar bola keranjang dari awal dan seterusnya memenangi kejohanan daerah. Kejayaan ini bermula dengan jurulatih Cikgu Tan Hao Long. Pada akhir tahun, Pasukan perpaduan Manong telah memperoleh johan dalam Kejohanan Bola Bond Mega dan tempat ketiga bagi kategori Perempuan, serta memenangi Piala Tahunan. Pasukan Perpaduan ini menyatukan hati dan jiwa untuk kemenjadian murid. Melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak Malaysia. Melakukan sesuatu yang terbaik untuk negara yang tercinta ini. Murid Tahun 6, Ileana Loo Yee Xin memperolehi tempat ketiga dalam Kejohanan Merentas Desa B12 MSSD dan Murid Tahun 5, Cheong Wan Xin memperolehi tempat pertama dalam Kejohanan Olahraga acara lontar peluru B11 MSSD Kuala Kangsar. Kejayaan sekolah dalam olahraga bermula dengan pimpinan dan latihan oleh Encik Mook Peng Lin selaku GK Kokurikulum juga jurulatih olahraga sekolah. Sebagai sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM), SJKC Manong tidak pernah mencapai kecemerlangan sebegini dalam bidang sukan selama ini.
Encik Beh Chaw Hong berusaha untuk mencari jalan menaikkan taraf infrastruktur dan kelengkapan sekolah. Beliau berjaya mendapatkan Pegawai Sumpah Dr. Koh Eng Bing untuk menyumbang 2 buah penapis air outdoor dan senggara filter air indoor untuk kegunaan guru dan murid. Beliau juga berjaya mendapatkan MACO untuk menyumbang 6 buah komputer dan sebuah printer. Pada pertengahan tahun, sekolah mendapat 4 buah laptop dari kerajaan. Pada bulan Julai, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM70,000 daripada kerajaan untuk naik taraf tandas murid. Pada bulan Disember, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menurap semula jalan tar, tukar pintu bilik guru, bilik komputer, pusat sumber dan pejabat am dari pintu kayu ke pintu kaca. Dengan peruntukan ini, pihak sekolah berjaya memasang 5 buah pendingin hawa (sebuah di bilik agama, sebuah di bilik komputer dan 3 buah di pusat sumber sekolah) serta membina sebuah pondok menunggu ibu bapa dan mengecat bangunan dua tingkat (luaran). Pada bulan yang sama, sekolah mendapat 21 buah laptop dan sebuah printer dari kerajaan untuk kegunaan murid.
Pada 15/12/2023, kira-kira pada pukul 10 malam, tembok pagar sekolah di kantin telah runtuh akibat hujan yang lebat pada malam tersebut. Pihak sekolah telah membuat laporan polis dan laporan kepada PPD. Pada hari keesokkannya, pihak sekolah mendapat lawatan pegawai PPD untuk meninjau keadaan sekolah selepas kejadian itu. Pada minggu seterusnya, pihak sekolah mendapat bantuan segera daripada PPD untuk membersihkan konkrik yang runtuh dan membina pagar besi serta sistem peparitan yang baru.
2024
Enrolmen murid pada tahun ini adalah seramai 44 orang, terdiri daripada 29 orang Melayu, 13 orang Cina, seorang India dan seorang bukan warganegara. Encik Beh Chaw Hong telah mendapat sumbangan dari Pegawai Sumpah Dr. Koh Eng Bing untuk menyumbang 3 buah pendingin hawa untuk kegunaan bilik agama baru dan bilik guru. Pada bulan Februari, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM38,000 daripada kerajaan untuk memasang jubin di bilik RBT, tukar tingkap nako ke sliding (di bilik RBT, bilik guru, bilik komputer serta pusat sumber sekolah). Pihak sekolah juga munukar pintu kayu ke pinta kaca (di bilik RBT, bilik agama dan bilik sains).
Murid Tahun 6, Chang Kar Hee memperoleh tempat keenam dalam Kejohanan Merentas Desa Lelaki B12 MSSD.Murid Tahun 6, Chang Kah Hee memperoleh tempat keenam dalam Kejohanan Merentas Desa Lelaki B12 MSSD.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
I. Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, kemesraan, saksama dan bersikap terbuka.
II. Bertindak dengan cekap dan bersistematik tanpa sebarang kecacatan.
III. Sedia bekerjasama dengan semangat kesabaran yang luhur.
Kami mengalu-alukan Sokongan & pandangan yang jujur dan ikhlas demi meningkatkan pendidikan sekolah ini secara berterusan bagi mewujudkan sebuah sekolah yang unggul dan gemilang ke arah sekolah penyayang.
CEKAP, CEPAT DAN BERINTEGRITI.
KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT
朝阳上升大地光明 Fajar menyinsing, Hari telah subuh,
钟声唤醒学子之心 Loceng berbunyi, Bangkitkan anak murid.
万众一心浓情厚谊 Kita bersatu hati, Dengan berasmara erat,
共同发扬德智体育 Bersama perkembangkan Rohani, Intelek, Jasmani.
师长教诲校训玉言 Ajaran guru, Falsafah Sekolah,
诚毅勤朴牢记心中 Taat, tabah, tekun, suci, Ukir di hati.
努力创造培养大器 Bina sungguh-sungguh, Melahirkan tokoh,
万浓华小名声远播四方。 Nama Sekolah Manong Cina diharumkan.
I. Mewujudkan Iklim Sekolah Yang Kondusif.
II. Mewujudkan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Berkonsepkan 4K (Kritis, Kreatif, Kolaboratif, Komunikasi).
III. Mencapai Kecemerlangan Dalam Aktiviti Kokurikulum di Semua Peringkat.
IV. Melahirkan Murid-murid Bersikap Dinamik, Sahsiah dan Berdaya Saing.
V. Membudayakan Inisiatif, Dedikasi, Kreativiti dan Inovatif.
VI. Pengurusan Kewangan Terbaik Tanpa Audit Berteguran.
VII. Pembentukan Sahsiah Murid Terpuji.