Program Pemulihan dilaksanakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira.
Bahan bantu seperti kad, carta, bahan maujud, dan alat permainan disediakan untuk menjalankan aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apabila murid dapat menguasai semua kemahiran asas, mereka tidak lagi perlu ke kelas pemulihan dan boleh mengikuti pembelajaran seperti biasa di dalam kelas arus perdana.
Murid-murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis sekiranya telah menguasai 32 kemahiran yang dalam senarai
Murid-murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas Matematik sekiranya telah menguasai 9 kemahiran yang dalam senarai
Kedua-dua modul ini mengandungi:
i. panduan/nota kepada ibu bapa untuk membimbing anak membuat tugasan;
ii. arahan kepada murid untuk menyelesaikan tugasan;
iii. contoh di setiap tugasan;
iv. kod QR (pautan video/audio pengajaran);
v. senarai semak pencapaian murid
MODUL BITARA
Instrumen Pentaksiran Pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik yang dinamakan BITARA (BIjak. PinTAr. RAjin) telah disediakan dalam tiga set lengkap sebagai pentaksiran dan lembaran kerja murid pemulihan.