TS 25 (KOHORT 7)
2025学校转型计划
2025学校转型计划
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Transformasi Sekolah 2025 ini teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Pada 19 Januari 2015, Perdana Menteri ketika itu telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, dan pada 27 April 2017 program ini telah menjalani penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
TS25 ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Melalui program ini ia mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sejak tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 ini telah diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tiga objektif utama Program TS25 ini adalah untuk :
Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025 berdasarkan program ini, matlamat tersebut ialah:
Memantapkan kepimpinan sekolah.
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pengajaran dan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.