SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Berdasarkan majalah yang diterbitkan pada tahun 2003, SJK(C) Chap Khuan telah didirikan di Batu Arang sejak tahun 1930an. Hartawan Loh Thai memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola ketika itu. Pada tahun 1935, kumpulan pertama yang tamat persekolahan rendah hanya seramai 4 orang. Pada tahun 1938, kumpulan ke-4 yang telah tamat persekolahan rendah hanya 9 orang. Guru Besar ketika itu ialah Encik Loh Hui Ru.
Jepun menjajah Tanah Melayu. Pada bulan 1946, sekolah ini beroperasi semula. Encik Loh Hui Ru dilantik semula menjadi Guru Besar dan pendaftaran murid ketika itu mencapai 1700 orang. Bangunan sekolah lama tidak dapat menampung murid yang begitu ramai, maka sekolah cawangan didirikan. Ketika itu, SJK(C) Chap Khuan menjadi sekolah Cina yang terbesar di seluruh negara.
Pada tahun 1949, atas sokongan syarikat perlombongan arang batu, SJK(C) Chap Khuan mendapat perkembangan yang bagus dari segi kemudahan dan kelengkapan. Sebuah bangunan yang beratap asbestos didirikan. Bangunan baharu itu dapat menampung 600 orang. Sesi persekolahan dibahagikan kepada sesi pagi dan petang.
Sejak tahun 1956, syarikat perlombongan arang batu mengalami kemerosotan. Sejak itu, bilangan pelajar di SJK(C) Chap Khuan turut mengalami kesannya. Bilangan pelajar merosot dengan cepat. Kegemilangan Batu Arang tidak dapat dipulihkan lagi sejak kemerosotan perlombongan arang batu. Kini Batu Arang menjadi sebuah perkampungan yang kecil dan ramai penduduk Cina telah berpindah ke kawasan bandar. Berdasarkan statistik pihak sekolah tahun 2013, pelajar berbangsa Cina kini hanya 245 orang manakala pelajar bukan Cina ialah 108 orang. Bilangan murid ini termasuk murid prasekolah seramai 25 orang di mana ia mula beroperasi pada tahun 2007.
MAKMAL KOMPUTER SJKC CHAP KHUAN
POSTER PEMBELAJARAN DIGITAL
BROSUR/RISALAH/ TEMPLATE PEMBELAJARAN DIGITAL
PANDUAN DELIMA
PANDUAN GOOGLE CLASSROOM (GURU)
PANDUAN GOOGLE CLASSROOM (MURID)
AKTIVITI-AKTIVITI ICT
TAHUN 2023
TAHUN 2024