砂拉卓铭新学校校史
一百年前,从中国或南洋一带移居到砂拉卓的华人约四百多人,多数以务农为生,少数则经商。当时,识字者希,彼等儿童无从就学,一般家庭经济许可之学子皆须离乡背井,由水路前往古晋求学。贫困者则只得望教育之门兴叹也!有鉴于此,一九一九年初,先贤王宇宙提倡创办华校,经林建智,王河山及林天谐支持,即由彼等为发起人并负责筹备开校事务。但因当年第一次世界大战刚结束,地方上经济薄弱,筹款不易。林建智,王宇宙二君本着建校基业,义不容辞,故合力赠送木料亚答屋一座,作为校舍之用。地点在目前王河山路,回教堂左侧,与码头毗邻。经商议后,学校遂命名为“铭新学校”,决定三月二十四日开学,学生二十八名,首任校长为沈敬堂氏。
一九二八年,学生人数已增至五十余位,而旧校舍亦已破漏难用,乃委派王宇宙,颜天赐二君为学校筹款代表,远赴古晋,向一部分与该埠有商业来往诸商号,征求捐募,集坡众之捐助,新校舍乃兴建于现址。
一九三九年,校董会因欲稳定学校经费,经埠众大会通过,乃召集热心教育人士成为负责股股东,以对学校每年收支不敷之数,由负责股设法支付。
一九四二年日本帝国南侵,学校停办。负责股也自动解散。
一九四五年日军投降,先贤们即发起复办学校,但此时该校所有藏书,大部分已于日治时期被焚烧或散失。校舍已腐坏不堪,校董会乃向政府借前县长官邸(也即现今的政府迎宾馆)作为临时课室之用。即时又发起第三次筹建校舍工作。埠中热心教育人士,多慷慨捐助。一九四九年初一座两层楼新校舍遂告矗立于现址(现被改为玛拉工艺中心支部)。
一九五三年谢国雄君掌校,谢校长积极提倡体育,曾领导一部分青年义务建造洋灰篮球场,董事及埠众们多捐献洋灰,沙石,且得建筑商张吉祥君报效技工多位,在数日内,一座洋灰篮球场即告建成。
一九六二年因一年级学生人数激增,原有课室不敷应用,校董会乃决定添建校舍。埠众热心捐献,王水生及颜建良二君两度返赴古晋,谒见教育官员,请求津贴,终蒙批准。新校舍遂于一九六三年动工,翌年初完成。
一九六三年雷振为君掌理校务,雷校长又提倡建儿童游戏场,一座滑梯,两座跷跷板及一座秋千于一九六九年完成。
八十年代初期,鉴于旧有校舍年久失修,内外局部也亏损不堪,加以校址地方狭隘,不敷以应需求。校董会主席召开坡众大会毅然发动兴建新校舍之意愿。一九八三年七月二十五日,由已故校董会主席蔡振华先生为首之筹备会宣告产生,并开始物色适当地点充作为新校址用途。历经数次呈函政府争取申请属意之地段,惟仍毫无讯息。
一九九零年七月十九日,在本古鲁颜建良先贤响应号召下重组了筹建委员会,秉承与延续了蔡振华先生之宏愿,再据理力争新校址。一九九一年六月二十八日顷接政府当局函件表示正式将邻近市区地段(即现址)获准为新校址。筹委会获得全砂各地商家及热心人士的捐款,州教育局,地方国,州议员拨款。筹委会议决由苏忠诚建筑公司承建新校舍。
新校舍于一九九二年动土,直至一九九三年初竣工。新校舍是一座临江的四层楼建筑物,外表美轮美奂。一九九四年三月二十六日敦请丹斯里拿督陈康南医生莅临主持开幕典礼。
由于校内活动空间和运动场地不足应用,一九九五年校董会重新计划新建篮球场。二零零二年十一月中旬,校董会获得政府拨款,作为雨盖篮球场之用途,并于二零零三年正月顺利完成。
铭新学校1919年首届理事名单:
总理 :王河山
协理 :王宇宙
财政 :林建智
查账 :张元兴
理事 :林天谐,林麒麟,卓亚衍,林能利,李端
重建新校舍筹委会名单:
名誉主席 :杨添盛,蔡振华
顾问 :庄寿山,郑好和
主席 :本古鲁颜建良
副主席 :邢益智
秘书 :陈育义
副秘书 :许富川
财政 :许振福
总务 :周添瑞
副总务 :刘恭璋
委员 :黄山珍,王庆池,王新缔,王庆勋,吴腾芳,许富仁,邓诗贤,王书兰, 黄福伦,林祥辉,黄炳坤,林元隆,黄炳贤,谢日荣,卓亚龙1. SEJARAH SEKOLAH
SJK (C) Min Syn ditubuhkan pada 24.03.1919 berkat hasil cadangan dan usaha seorang peniaga iaitu En.Ong Wu Tieu dan disokong oleh beberapa orang kawannya iaitu Lim Kian Ti, En. Ong Ho San dan E. Lim Thian Kai di pekan kecil Saratok.
Faktor penubuhan sekolah pada masa itu adalah:
1. Pertambahan penduduk yang semakin mementingkan pendidikan.
2. Kemudahan perhubungan terhad.
3. Perjalanan ke Kuching adalah jauh.
Maka En.Ong Wu Tieu menderma sebuah pondok di tebing Sungai Krian berhampiran pasar sebagai sebuah bangunan pertama. Enrolmen murid pada masa penubuhan sekolah ialah 28 orang murid dan seorang guru.
Pada tahun 1928, pembinaan bangunan 2 tingkat di atas Lot 37 (0.88 ekar) sebagai bangunan sekolah.
Pada tahun 1942, sekolah terpaksa ditutup akibat penaklukan tentera Jepun. Harta benda sekolah musnah dan bangunan sekolah dirosakkan. Pada tahun 1945 (tentera Jepun menyerah diri), bangunan sekolah telah rosak selepas perang. Pihak LPS mencadangkan kepada pihak penjajah British agar meminjamkan bangunan Rumah Rehat kerajaan sebagai tempat sekolah.
Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pembinaan sekolah yang dipimpin oleh En. Ong Wu Tieu telah dan sumbangan penduduk tempatan, suatu bangunan 2 tingkat di atas Lot 37 yang lebih baik dan teratur telah siap dibina.
Pada tahun 1956, mula menerima bantuan daripada Kerajaan. Sebelum ini, perbelanjaan sekolah (gaji, alat tuilis, bekalan buku perpustakaan dan lain-lain) hasil kutipan yuran RM3 setiap bulan dari setiap murid. Jumlah besar perbelanjaan sekolah ditanggung oleh Lembaga Pengurus Sekolah (LPS).
2. SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH UTAMA (4 TINGKAT)
Pada tahun 1991, bangunan sekolah usang dan sangat membahayakan. Jawatankuasa Pembinaan Semula Sekolah yang dipimpin oleh Pemanca Gan Kian Liang berjaya mendapat anugerah tapak baru Lot 584 seluas 1.7 ekar (alamat sekolah sekarang) dari Kerajaan Negeri Sarawak. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memperuntukkan modal berjumlah RM 356,500.00. Kos pembinaan keseluruhan termasuk asrama guru adalah sejuta ringgit.
Pada tahun 1992 hingga 1993, pembinaan bangunan konkrit 4 tingkat sekolah. Pada 11.08.1993, perpindahan dari tapak lama ke tapak sekarang. Pada tahun 1998, pembinaan sebuah pondok yang cantik dijalankan di tengah taman Min Syn. Projek ini dijayakan dengan bantuan Jabatan Pendidikan Daerah Saratok dan Lembaga Pengurus Sekolah Min Syn dengan peruntukan enam ribu ringgit. Tempat ini menjadi tumpuan murid pada masa rehat dan selepas sekolah.
3. SEJARAH PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG (1993)
Bangunan sekolah baru telah siap dibina pada tahun 1993, Timbalan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Sarawak Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam telah diundang untuk upacara perasmian pada 26 Mac 1994. Namun, tanah bangunan sekolah yang seluas 1.7 hektar adalah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
Pada tahun 1995, Pegawai Pelajaran Daerah Saratok berjanji secara bertulis akan membina dua buah gelanggang tennis oleh Persatuan Pemuda Negeri dan Persatuan Kebudayaan dan Sukan untuk kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti dalam sekolah.
Pada November 2002, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM50000 kepada sekolah untuk kegunaan pembinaan gelanggang bola keranjang. Dalam tender terbuka dalam daerah, projek pembinaan ini berjaya ditender oleh kontraktor yang berjumlah RM45000. Selepas perbincangan di antara pihak sekolah dengan pihak kontraktor, bumbung gelanggang bola keranjang yang berukuran 50 kaki diperluaskan menjadi 60 kaki demi keselesaan dan kesesuaian penggunaannya. Pihak sekolah berjanji akan menambah kos pembinaan sebanyak RM4000 manakala bagi peruntukkan sebanyak RM5000 yang lebih dari pihak kerajaan akan digunakan sebagai kos penambahbaikan pembinaan. Pada Januari 2003, gelanggang bola keranjang ini berjaya disiapkan.
Untuk membekalkan kemudahan yang lengkap bagi murid-murid, PIBG mendapatkan peruntukan sebanyak RM7000 untuk membina tiang dan jaring bola keranjang. Pihak sekolah pula bertanggungjawab membaiki pagar sekeliling gelanggang dan mensimenkan lantai gelanggang. Selain itu, Persatuan Wushu Saratok dan beberapa penderma tempatan juga menyumbangkan lampu-lampu pada gelanggang. Pembinaan asas gelanggang ini tamat pada pertengahan Ogos 2003.
4. SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN PRASEKOLAH (2009)
Pada bulan Mac 2010, pihak sekolah telah menerima surat tawaran dan Pejabat Pelajaran Daerah Saratok untuk memulakan Kelas Prasekolah pada Tahun 2010. Justeru itu, Guru Besar, Puan Fung Mei Ngang, telah berbincang tentang hal berkenaan dengan pihak Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru serta Persatuan Alumni Sekolah. Oleh kerana sekolah mengalami masalah kekurangan bilik darjah, maka pada mulanya Lembaga Pengurus Sekolah bercadang untuk mengubahsuai bilik darjah Tahun IM dan lB menjadi Kelas Prasekolah.
Secara kebetulan, pada tahun 2009, di bawah Pakej Rancangan Ekonomi Negara Kedua, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah diperuntukan sebanyak RM 100,000.00. Suatu perbincangan telah diadakan antara Lembaga Pengurus Sekolah dan wakil sekolah tentang kegunaan peruntukan berkenaan. Hasil perbincangan berkenaan mencadangkan untuk membina satu blok sekolah 3 tingkat yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah untuk menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah. Namun, setelah dibajet oleh arkitek, didapati pembinaan blok 3 tingkat memerlukan kos sebanyak RM600,000.00 dan ini jauh melebihi bajet sebenar. Setelah 2 bulan mempertimbangkan perkara tersebut, akhimya Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak sekolah bersetuju membelanjakan peruntukan RM100,000.00 berkenaan untuk membina satu blok yang terdiri daripada 2 bilik darjah untuk kelas Prasekolah (bertempat di tapak Blok Prasekolah sekarang).
Pada 7 Julai 2009, suatu Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Encik Kho Hu Chuan, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah. Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-3 diadakan pada 20 Ogos 2009 untuk menentukan Syarikat-syarikat yang menyertai tender untuk projek berkenaan dan akhirnya memutuskan untuk mengamanahkan Jelemi Enterprise untuk membina bangunan tambahan ini dengan kos RM101,554.50. Projek pembinaan yang terdiri daripada sebuah bilik darjah, sebuah bilik gunasama yang terdiri darpada tandas, ruang makan dan dapur telah dimulakan pada 12 September 2009.
Projek pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Disember 2009. Pihak sekolah telah bertungkus lumus menghiasi bilik darjah dan memindahkan perabot-perabot yang telah dibaikpulih dari kelas-kelas sekolah rendah sebagai langkah persediaan untuk pembukaan kelas Prasekolah pada sesi persekolahan Tahun 2010. Pihak Lembaga Pengurus sekolah juga memperuntukan wang untuk menyediakan kelengkapan lain seperti langsir kelas dan kerusi plastik untuk ruang makan. Atas usaha gigih semua pihak, akhirnya kelas Prasekolah pertama SJK(C) Min Syn telah berjaya beroperasi dengan enrolmen maksimum, iaitu 25 orang. pada 4 Januari 2010.
RINGKASAN SEJARAH DARI 1919-2010