砂拉卓铭新学校
砂拉卓铭新学校
Kata Alu-Aluan Guru Besar
Selamat Sejahtera serta Salam Ibu Pertiwiku
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, Google Sites SJKC Min Syn Saratok telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan HEM, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta guru-guru/staf sokongan sekolah yang turut membantu menyediakan Google Site ini. Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, Google ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.
Mudah-mudahan dengan adanya Google Sites ini, warga Sekolah SJKC Min Syn Saratok akan dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutama PIBG sama ada secara individu mahu pun agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan maklumat berkaitan sekolah ini.
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini. Dipohonkan kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan kekurangan yang terdapat di dalam Google Sites ini.
Terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( Wong Poh Tien )
Guru Besar
SJKC Min Syn Saratok