MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR
GURU BESAR
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman Panitia SK Tanjong Mas, di sini para Panitia SKTM akan bersama menggabung idea dalam merealisasikan Dasar Pendidikan Digital (DPD), terutamanya dengan menggunakan aplikasi DELIMa, semoga ianya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di kalangan murid SK Tanjong Mas.
Pembangunan pendidikan digital negara sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi digital pada peringkat global dan nasional. Hal ini memberikan cabaran baharu kepada sektor pendidikan untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi teknologi digital bagi meningkatkan daya saing dan kemajuan landskap pendidikan negara.
<< SILA KLIK MENU UNTUK KE LAMAN PANITIA >>