WARGA PENDIDIK SISMe
AHLAN WASAHLAN MURID SISMe
PIAGAM PELANGGAN SBPI SELANDAR
Kami warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan professional untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami dengan :
Memastikan murid menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memastikan prestasi akademik dan hafazan murid di bentangkan setiap bulan di dalam mesyuarat pengurusan bagi memastikan program intervensi dapat dijalankan dengan kadar segera.
Memastikan sesi dialog prestasi bersama guru akan diadakan dalam tempoh 14 hari dan bersama ibu bapa/penjaga dalam tempoh 21 hari dari tarikh akhir kemasukan markah.
Memastikan semua keputusan pentaksiran atau peperiksaan akan diterima oleh ibu bapa/penjaga secara dalam talian dalam tempoh 21 hari dari tarikh akhir peperiksaan.
Memaklumkan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah kepada semua stake holder yang berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari lebih awal dari tarikh aktiviti.
Memberi maklum balas awal pada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari dan diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari mengikut SOP 1:3:7.
Memastikan tempoh menunggu untuk menerima layanan kaunter dengan mesra dan berbudi bahasa dalam tempoh lima (5) minit.
Memastikan urusan kenaikan pangkat guru dan anggota kakitangan pelaksana di maklumkan tiga (3) bulan lebih awal bagi urusan melengkapkan dokumen.
Menguruskan pembayaran bil dan tuntutan yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
PAUTAN KHAS (DENGAN KEBENARAN)
PAUTAN UNTUK GURU SISMe
PAUTAN UNTUK IBU BAPA