Instrumen Penarafan KBAT dalam PdP telah dirangka oleh KPM untuk dijadikan sebagai panduan untuk guru merancang PdP yang berkesan dengan mempunyai ciri-ciri KBAT. Terdapat 4 aspek utama iaitu guru, murid, teknik penyoalan & pentaksiran. Setiap aspek ini mempunyai ciri-ciri khusus untuk dikenal pasti sebagai ciri-ciri KBAT.
Guru SK Kulai 1 telah menjalani Bengkel Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (BAKAT PdP) pada 9 September 2021 di platform mesyuarat Kumospace.com. Bengkel dikendalikan sepenuhnya oleh Guru Besar, Cikgu Sairah binti Husin @ Hussein, dibantu fasilitator Cikgu Habsah binti Bidin, Cikgu Sharmela Suraya binti Safandi dan Cikgu Ishak bin Abd. Jalil. Pencatat minit dan perakam visual oleh Cikgu Naquiyudin bin Tajudin dan JK Teknikal oleh Cikgu Mohd Rafi bin Ahmad Hamil.
Objektif bengkel ini adalah peserta akan dapat:
Mengenalpasti ciri-ciri utama KBAT yang terdapat dalam rakaman PdPR
Menggunakan Instrumen KBAT dalam menilai rakaman PdPR
Memberikan cadangan penambahbaikan yang sesuai berdasarkan Instrumen KBAT.
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 5
KUMPULAN 6
Perbincangan Kumpulan (sila klik di papan putih kumpulan masing-masing untuk penambahan
Notis Panggilan Mesyuarat