D1 PROFESIONALISME
ASPEK A1.1: AMALAN PROFESIONAL
Pegawai mengetahui, dan memahami etika kerja yang berkaitan serta mempamerkan tingkah laku beretika dengan konsisten.
ASPEK A1.2: HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN
Pegawai mempamerkan interaksi dua hala secara positif dengan pelanggan dan menjaga nama baik pelanggan/ organisasi secara konsisten.
ASPEK A2.1: MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN
Pegawai mempamerkan kesungguhan dalam menyelesaikan tugasan serta menunjukkan sikap yang positif ke arah pencapaian matlamat secara konsisten.
ASPEK A2.2: KEPANTASAN BERTINDAK
Pegawai berkebolehan untuk menyelesaikan tugasan sebelum tempoh yang ditetapkan dan menepati sasaran kerja yang ditetapkan secara konsisten.
ASPEK A2.3: KEMATANGAN EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI
Pegawai mempamerkan kematangan emosi dan keyakinan diri yang tinggi semasa melaksanakan tugas secara konsisten.
ASPEK A2.4: BUDAYA KERJA SEPASUKAN
Pegawai mempamerkan pelibatan secara aktif dalam melaksanakan kerja sepasukan dan dapat menyesuaikan diri secara positif untuk mencapai matlamat organisasi secara konsisten.
ASPEK A2.5: BERFOKUSKAN PELANGGAN
Pegawai mempamerkan komitmen semasa melaksanakan perkhidmatan kepada pelanggan dan berusaha memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang tugas secara konsisten.
ASPEK A3.1: KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Pegawai mempamerkan kepimpinan berwawasan dalam menetapkan hala tuju yang jelas dan berusaha menggerakkan sumber serta membuat keputusan selari dengan matlamat/ sasaran organisasi secara konsisten.
ASPEK A3.2: PENYESUAIAN PERUBAHAN
Pegawai mempamerkan kebolehan untuk menerima perubahan persekitaran tugas dan mampu menghadapi cabaran perubahan dalam melaksanakan bidang tugas secara konsisten.
ASPEK A3.3: KEINGINAN MENIMBA PENGETAHUAN
Pegawai mempamerkan kesediaan/ usaha mempelajari pengetahuan baharu dan mengaplikasi ilmu untuk menyelesaikan masalah dalam bidang tugas secara konsisten.
ASPEK A3.4: PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
Pegawai mempamerkan inisiatif untuk menghasilkan idea baharu dan dapat memperkenalkan sesuatu yang baharu atau menambah baik situasi sedia ada dalam melaksanakan tugas secara konsisten.
ASPEK A4.1: DASAR-DASAR KERAJAAN
Pegawai mengetahui, memahami dan mematuhi dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan bidang tugas secara konsisten.
ASPEK A4.2: PERATURAN DAN PEKELILING
Pegawai mengetahui, memahami dan mematuhi peraturan dan pekeliling berkaitan bidang tugas dengan konsisten.
ASPEK A4.3: PENGUASAAN BIDANG TUGAS
Pegawai mengetahui, menguasai dan melaksanakan fungsi bidang tugas yang berkaitan dengan berkesan secara konsisten.
ASPEK A4.4: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Pegawai mempamerkan kemahiran TMK sesuai dengan bidang tugas dan membudayakan penguasaannya semasa menjalankan tugas secara konsisten
ASPEK A5.1: KESEDIAAN MENJALANKAN ARAHAN/ TUGAS-TUGAS LAIN
Pegawai mempamerkan kesediaan untuk menjalankan tugastugas selain tugas hakiki dan melaksanakan dengan cekap secara konsisten
ASPEK A5.2: KEUPAYAAN MELAKSANAKAN BIMBINGAN DAN PEMENTORAN
Pegawai mempamerkan kebolehan untuk berkongsi idea/ pengetahuan/ pengalaman memberi bimbingan dan pementoran kepada orang lain dan melaksanakan perkongsian tersebut dengan pihak yang memerlukan secara konsisten.
D2 PELIBATAN
ASPEK A1.1: JALINAN DAN JARINGAN (NETWORKING AND LINKAGES)
Pegawai mempamerkan kebolehan untuk mewujudkan jalinan/ jaringan dan melaksanakannya mengikut keperluan organisasi secara konsisten.
SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JPN JOHOR
SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN, PPD KULAI
PERTUBUHAN GPM MALAYSIA
PERSATUAN STEM MALAYSIA
ASPEK A2.1: SUMBANGAN PROFESIONAL DAN/ ATAU SOSIAL
Pegawai mempamerkan kebolehan untuk melaksanakan sumbangan profesional/ sosial dan dilaksanakan dengan kebenaran ketua jabatan secara konsisten.
D3 KEMAHIRAN
ASPEK A1.1: PENGETAHUAN
Pegawai berpengetahuan luas tentang isi kandungan bidang yang diajar, pedagogi dan penggabung jalinan pedagogi dengan isi kandungan yang betul dan sesuai.
ASPEK A1.2: PERANCANGAN
Pegawai merancang dan menyediakan RPH mengikut prosedur yang ditetapkan, dapat memilih bahan bantu belajar pendidikan dan dapat menentukan strategi dan teknik pengajaran dengan konsisten.
ASPEK A1.3: PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
Pegawai berpengetahuan luas tentang ilmu pentaksiran dan tindakan susulan selepas pentaksiran murid yang betul dan sesuai.
ASPEK A2.1: PENYAMPAIAN
Pegawai mempamerkan kemahiran dalam menyampaikan PdP, dapat mengawal kelas dan masa penyampaian secara konsisten.
ASPEK A2.2: PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN
Pegawai memilih/ menyediakan penggunaan sumber pendidikan yang menarik, selamat, dan berkesan secara konsisten.
ASPEK A2.3: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Pegawai mempamerkan komunikasi yang berkesan untuk menggalakkan tumpuan murid dan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi PdP berlangsung secara konsisten.
ASPEK A2.4: TEKNIK PENYOALAN
Pegawai mempamerkan kemahiran teknik penyoalan untuk meningkatkan pemahaman murid dan mempelbagaikan teknik penyoalan bagi menggalakkan murid berfikir secara konsisten.
ASPEK A2.5: PELIBATAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID
Pegawai menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti PdP dan mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menggalakkan murid berinteraksi dengan aktif secara konsisten.
ASPEK A3.1: PENILAIAN PRESTASI MURID
Pegawai membuat penilaian prestasi murid dengan pelbagai kaedah yang sesuai dan melaksanakan tindakan susulan selepas penilaian secara konsisten.