About SeyWahEnggor

Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sey Wah, Enggor.  Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1925.  Nama asalnya ialah “ Sey Wah School”.  Pada awalnya, SJKCSW merupakan sebuah rumah atap yang digunakan sebagai bangunan sekolah. Sekolah mempunyai dua buah bilik darjah dan sebuah bilik rehat guru sahaja yang perlu menampung dua puluh tujuh orang murid dan dua orang guru pada peringkat awal.