TV PSS ialah salah satu aktiviti PSS yang menyokong ciri-ciri Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti.
TV PSS boleh dijadikan platform untuk membentuk murid-murid yang mempunyai nilai tambah dan mengasah bakat murid. Penubuhan ini juga sebagai menyambut baik saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
VISI
Pemacu aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang berimpak tinggi dan bertaraf antarabangsa.
MISI
Melestarikan kemenjadian murid berteraskan ciri-ciri pembelajaran abad ke 21.
TV PSS ini diwujudkan bertujuan untuk:
Melahirkan murid yang memiliki sifat berani dan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.
Melahirkan murid yang mempunyai keterampilan dan memiliki kemahiran komunikasi.
Memupuk kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan murid.
Memupuk budaya kolaboratif dalam kalangan murid, organisasi dan masyarakat.