SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG
ANUGERAH CEMERLANG SBP 2024
SBP Integrasi Rawang telah dianugerahkan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝟱 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸) bagi Anugerah Sijil Pelajaran Malaysia Terbaik Keseluruhan SBP 2024 ketika 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 pada 27 September 2025.
ANUGERAH ASRAMA 5 BINTANG 2024/2025
SBP Integrasi Rawang telah dianugerahkan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗚𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟮) bagi Anugerah Asrama 5 Bintang 2024/2025 SBP ketika 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 pada 27 September 2025.
HUFFAZ CEMERLANG SPM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas kurniaan nikmat pada hari yang berbahagia ini. SBPI Rawang mencapai keputusan terbaik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dengan catatan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.16.
Seramai 54 orang calon SPM dari Batch Redezous berjaya mendapat gred A bagi 12 mata pelajaran yang diambil, termasuk 6 orang yang mendapat gred A+ secara keseluruhan. Seperti semua sedia maklum, mereka semua telah berjaya 100% khatam hafazan Al-Quran di tingkatan 4. Alhamdulillah, satu kejayaan berganda buat mereka. Tahniah dan syabas buat anak-anak Batch Redezous.
Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua barisan guru yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mendidik murid, tidak lokek berkongsi ilmu, tidak berkira tentang masa dan wang ringgit yang dihabiskan demi melihat kejayaan yang bakal dilakar oleh murid-murid. Sungguh engkau lilin yang membakar diri demi menerangi alam ini dengan ilmu yang bermanfaat.
Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga didedikasikan khusus buat PIBG yang menjadi tulang belakang membantu pihak sekolah dalam menjayakan program-program kecemerlangan murid-murid SEPINTAR. Tanpa sokongan anda semua, mana mungkin anak-anak dapat meraih kejayaan yang diimpikan hari ini.
Percayalah, tiada perkara yang mustahil untuk digapai. Dengan berbekalkan tawakkal yang tinggi, doa yang tidak pernah putus, usaha yang gigih, kesabaran yang tinggi, berdisplin dan berakhlak, insya-Allah kita akan menemui kejayaan.
MALAYSIA INTERNATIONAL ARCHERY FESTIVAL 2025 (MITAF 2025)
11 Oktober 2025 | Sabtu | Taman Bandar Kwasa Damansara
SEPINTAR telah menghantar 28 orang Kontinjen Memanah Tradisional bertanding serta menimba pengalaman di Peringkat Antarabangsa. Seramai 5 orang menyertai kategori Natural Arrow. Manakala berbaki lagi 23 orang menyertai kategori Carbon Arrow.
Alhamdulillah, Kontinjen SEPINTAR berjaya membawa pulang 1 Pingat Gangsa dan 5 Sijil Pencapaian 10 Pemanah Terbaik Peringkat Antarabangsa buat sekolah tercinta bagi kategori Natural Arrow. Bagi Kategori Carbon Arrow pula, SEPINTAR hanya sekadar penyertaan. Namun, mereka telah memberikan saingan sengit kerana seorang pemanah SEPINTAR hanya berbeza 4 mata sahaja dengan pemanah di kedudukan ke-10.
ANUGERAH PERAK
Kumpulan caklempong SEPINTAR yang dianggotai 18 orang murid telah berjaya merangkul Anugerah Perak bagi Pertandingan Caklempong SBP Peringkat Kebangsaan 2025, di SMAP Labu. Mereka telah mempersembahkan 2 buah lagu iaitu, lagu Malereang Tabian dan lagu Medly Zapin: Padi Semerah Padi, Zapin Bunga Hutan, Lancang Kuning & Laila Canggung.
NAIB JOHAN
MEMANAH TRADISIONAL BERKUMPULAN BAWAH 17 TAHUN
17 Mei 2025, Seramai 8 orang dari 15 pemanah individu SEPINTAR berjaya menempatkan diri dalam 10 pemanah terbaik, dan membawa pulang pingat mengikut kategori masing-masing. Manakala bagi acara berkumpulan, SEPINTAR dinobatkan sebagai Naib Juara Kejohanan Memanah Tradisional Terbuka Selangor 2025.
JOHAN
NASYID, TILAWAH AL-QURAN & HIWAR
𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗛𝗜𝗞𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞
SBPI Rawang dinobatkan sebagai Johan bagi 3 acara; Nasyid, Tilawah Al-Quran (Perempuan), & Hiwar. Manakala bagi acara Mimbar Da'ie, satu-satunya peserta dari tingkatan 1 telah merangkul gelaran Naib Johan di Pentas Hikmah Madani yang dilangsungkan pada 14 Mei 2025.
Johan bagi setiap acara akan mewakili Gombak ke Peringkat Negeri yang bakal dilangsungkan pada 25 & 26 Jun 2025, bertempat di Sabak Bernam.
TEMPAT KETIGA
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗣𝗠 𝗭𝗢𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛
SBPI Rawang merupakan antara 18 buah sekolah yang menghantar Pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke Pertandingan Bahas PPM Zon Tengah yang dilangsungkan pada 17 hingga 19 April 2025, bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah.
Setelah menamatkan 5 pusingan bahas, Pasukan Bahas Bahasa Inggeris SEPINTAR berjaya menduduki tempat ke-3. Manakala Pasukan Bahas Bahasa Melayu berjaya mendapat tempat ke-10.
Saudari An Nur Aisyah binti Mohd Khafzan berada di tempat ke-4 bagi Anugerah Pembahas Terbaik Bahas Melayu.
HUFFAZ CEMERLANG SPM
ANUGERAH ASRAMA 5 BINTANG 2024/2025
ANUGERAH ASRAMA 5 BINTANG 2024/2025
SBP Integrasi Rawang telah dianugerahkan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗚𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟮) bagi Anugerah Asrama 5 Bintang 2024/2025 SBP ketika 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 pada 27 September 2025.