Selamat Datang Sentosa Golden Triangle
Pagi lebaran makan ketupat,
Makan bersama pulut tapai,
Meski badan fikiran penat,
Impian besar haruslah dicapai.
Indah laman bunga kertas,
Selalu kusiram bersama mama,
Murid berjaya lagi sukses,
Dukungan guru yang utama.
Ilmu pendeta tiada terkalah,
Mari menuntut buat bekalan,
Biar kita berpenat lelah,
Asal murid raih kejayaan.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Turun ke paya memetik kangkong,
Hati-hati terkena getahnya,
Bergotong-royong warga sekolah,
Kerja muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para,
Andai seluruh guru muafakat,
Sekolah damai murid sejahtera.
Kiasan bermadah indah bahasa,
Rangkapan pantun saya sulamkan,
Terima kasih Cikgu Mustaqim, Ustaz Faiz dan Cikgu Aida,
SENTOSA GOLDEN TRIANGLE saya rasmikan.
Gunung Dato tidak bercucu,
Gunung Daik bercabang tiga,
Harap SGT dapat membantu,
Semoga menjadi rujukan semua.
NOR AZIAH BINTI MAHAT
PENGETUA
SMK SERI SENTOSA