PENDAHULUAN
Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah.
Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor :
Keagamaan
Kebudayaan
Ruang
Masa
MAKSUD SENI
Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), "Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".
Mengikut Ibnu Khaldun "seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".
SENI VISUAL
Visual - bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.
Seni visual dapat dinilai keindahannya berdasarkan pengalaman estetik
Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.
KARYA SENI VISUAL
Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis media dan teknik.
Media--bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya. Contohnya, catan menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.
Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media. Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan.
Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan karya iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
SKOP PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL
Pengkaryaan (mementingkan makna dan estetik)
Penghasilan karya dalam bidang seni halus – lukisan, catan, seni cetak dan arca
Menjurus kepada pemahaman makna daripada sesuatu yang dihasilkan.
Menekankan aspek estetik disamping menitikberatkan unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam sesuatu karya.
Perekaan (mementingkan fungsi dan estetik)
Perekaan bermaksud mereka bentuk sesuatu
Memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya disamping penekanan kepada nilai estetik (unsur seni & prinsip rekaan)
Terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran
Peranan Psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Peranan Sosiologi
Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual.
Peranan Individu Sebagai Penaung
Peranan Institusi Sebagai Penaung