Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum kali ke-3.
Sukan Permainan & Kelab Persatuan
Kehadiran murid adalah wajib.
Pada 10 Mei 2024 telah berlangsung Kejohanan Road Run peringkat sekolah 2024 di kawasan Taman Kajang Utama. Aktiviti ini telah disertai oleh murid tahun 4, 5 dan 6 SK Kajang Utama. Murid yang mendapat tempat pertama hingga ke-20 setiap aliran telah menerima medal kejohanan.
Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum kali ke-2.
Unit Beruniform & Kelab Persatuan
Kehadiran murid adalah wajib.
Pada 25 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSDHL 2024 di Maeps, Serdang. Seramai 12 orang murid telah menyertai kejohanan tersebut. 2 orang murid telah berjaya mendapat tempat ke -44 dan 96 daripada 300 orang penyertaan.
Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum kali pertama.
Mesyuarat Agung semua unit kokurikulum untuk tindakan semua.
4 orang murid SK Kajang Utama telah terpilih untuk menyertai MAJLIS KHATAM AL QURAN Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Hulu Langat pada 21 Mac 2024 bertempat di Masjid Al-Uum, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi Selangor.
2 orang murid SK Kajang Utama telah terpilih untuk menyertai MAJLIS KHATAM AL QURAN Pandu Puteri Tunas Peringkat Daerah Hulu Langat
PROGRAM NADI SUKAN ABC telah dilaksanakan pada hari pertama persekolahan di bawah kelolaan unit kokurikulum SEKATA bertempat di Foyer, Padang sekolah, Gelanggang Badminton dan Dewan SK Kajang Utama.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pencungkilan bakat murid , tatacara double HK, Senamrobik bersama team Sekata Fitness dan aktiviti sukan untuk semua.