Sistem Pengurusan Sahsiah Murid adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid, yang merekod perilaku masalah disiplin dan amalan baik yang dilakukan oleh seseorang murid.
Amalan baik diklasifikasikan kepada :
i) Adab dan Berbudi Bahasa,
ii) Jati Diri,
iii) Tolong-Menolong,
iv) Kebersihan, Kecerian dan Kelestarian Sekolah,
v) Kebertanggungjawaban dan Keperihatinan,
vi) Kehadiran Aktiviti
vii) Penampilan Diri.
Dengan adanya catatan amalan terpuji ini ia dapat memberi keseimbangan dan menggalakkan lagi amalan baik dalam kalangan murid-murid serta pemarkahan dalam sistem ini akan menjadi lebih telus dan harmoni.
Mulai tahun 2023, Pencapaian Sekolah turut diukur melalui perkara 5.3.2 Pencapaian Sahsiah Murid di bawah Aspek Kemenjadian Sahsiah Murid. Ianya dibahagikan kepada 5 iaitu :
i. Peratus murid berstatus Terpuji
ii. Peratus murid berstatus Amat Baik
iii. Peratus murid berstatus Baik
iv. Peratus murid berstatus Perlu Perhatian
v. Peratus murid berstatus Perlu Perhatian Serius
Unit HEM 2025 telah menyasarkan setiap guru untuk membuat 20 pengisian amalan baik sebulan. Cara mengisian adalah seperti berikut :
1. Login dalam Idme
2. Pilih Aplikasi Modul Pengurusan Murid
3. Pilih peranan Pelapor Sahsiah
4. Pilih Pengurusan Sahsiah
5. Pengurusan Amalan Baik
6. Tambah Amalan Baik