SeNaDa
{Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai}
{Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai}
Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai dibina pada 8hb MAC 2010 dan telah siap sepenuhnya pada 7hb SEPTEMBER 2011. SK Taman Nusa Damai telah diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada 16hb DISEMBER 2011 dan mula menerima kemasukan pelajar pada 4hb JANUARI 2012.
Kos pembinaan sekolah ini ialah sebanyak RM19.8 juta. Sekolah ini mempunyai 24 bilik darjah dan 18 bilik khas. Pelajar sekolah ini adalah sebahagian daripada murid-murid SK Taman Cendana, SK Kopok, SK Pasir Gudang 4 dan SK Cahaya Baru. Guru-gurunya juga dari sekolahsekolah tersebut dan sekolah-sekolah yang berhampiran. En. MOHAMMAD BIN JAAFAR telah dilantik sebagai Guru Besar dan diamanahkan untuk menerajui sekolah ini.
Majlis pengoperasian SK Taman Nusa Damai telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia EN. MOHD NOR BIN A.GHANI, Pengarah Pelajaran Negeri Johor pada 4hb JANUARI 2012, bertempat di DEWAN SERI DAMAI UTAMA, SK TAMAN NUSA DAMAI.
Enrolmen pelajar pada tahun pertama pengoperasian sekolah ialah seramai 763 orang pelajar tahap 1 dan seramai 605 orang pelajar tahap 2. Bilangan keseluruhan murid-murid ialah 1368 orang. Kini pada tahun 2020, tahap 1 telah menjangkau seramai 851 orang pelajar dan tahap 2 seramai 954 serta 50 orang pelajar Pra Sekolah. Bilangan keseluruhan ialah 1855 orang pelajar, 115 orang guru dan 7 orang kakitangan.