SMK SRI TEBRAU
SUCCESS TOGETHER MOVING FORWARD
SUCCESS TOGETHER MOVING FORWARD
MAKLUMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau teletak di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984. Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua. Pengetua terkini ialah Puan Suraiya Binti Ashaary yang telah mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2025.
Sekolah ini mempunyai keluasan 8 ekar dan pada tahun 1984 hanya mempunyai tiga buah blok yang mengandungi 10 bilik, 2 bilik ERT, 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang untuk trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak. SMK Sri Tebrau beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi (murid Tingkatan 3 - Tingkatan 5) dan sesi petang (murid Peralihan - Tingkatan 2).
Kini SMK SRI TEBRAU telah mengalami pelbagai penambahbaikan dari segi penyelenggaraan dan penambahan struktur bangunan seperti makmal komputer dan dewan tertutup.