Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail atau nama ringkasnya SMK Tunku Ismail dan juga dipanggil "SEMESTI" merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail merupakan sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah. Ia terletak di kawasan perumahan yang dikelilingi oleh Taman Delima, Taman Nilam dan Taman Arked.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail memiliki 809 pelajar lelaki dan 604 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1413 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009
Ketika ditubuhkan pada 1 Januari 1986 dan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Khir Johari, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Bakar Arang (SMBA). Ketika itu, sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar, seorang staf sokongan dan 5 bilik darjah sahaja.
Lima tahun kemudian (1991), sekolah ini berpindah ke tapak baru di Taman Delima, kira-kira 6 kilometer dari sekolah yang lama. Bangunan baru ini mempunyai 2 blok dengan 24 bilik darjah, 3 makmal, sebuah bilik guru, pejabat, sebuah perpustakaan dan sebuah surau terletak dalam kawasan seluas 19.36 ekar.
Nama SMBA kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail pada 1996 daripada ilham Encik Mohd Yunos bin Mohammad, pengetua Sekolah Menengah Bakar Arang untuk memberi senario baru kepada guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat
1999, SMKTI mendapat satu blok baru dikenali sebagai blok C yang terdiri daripada 15 bilik darjah. Dua tahun kemudian, sebuah makmal komputer telah dibina bersebelahan bengkel Kemahiran Hidup.
Kini SMKTI berwajah baru dengan tambahan blok MPV dan kewujudan kelas tingkatan enam serta kelas pendidikan khas.Pertambahan staf akademik dan staf sokongan seiring dengan pertambahan pelajar.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail
Taman Delima
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Putera puteri SMKTI
Berikrar tingkatkan usaha
Bersatu padu sumpah setia
Berilmu berjasa amalan kita
Nilai murni bina kecemerlangan
Warisan bangsa kebanggaan semua
Rukun negara asas kemajuan
Berdikari berjuang setiap masa
Putera puteri SMKTI
Menuju puncak jaya
Tingkatkan azam
Menuju wawasan
Berilmu berjasa
Pengetua : Pn. Hanison Bt Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran : En. Zubir Bin Abd Rahim
Penolong Kanan HEM : Pn. Haslina Bt Hashim
Penolong Kanan Kokurikulum : Cik Gunawaty a/p Sinnathamby
Penolong Kanan Pend. Khas : En. Mohd Zaki Bin Awang
Guru Kanan Bahasa : Pn Norhabibah Bt Rasidi
Guru Kanan Sains&Math : Pn. Aiza Salwa Bt Alwi
Guru Kanan Tek&Vok : Pn. Subhah Bt Ahmad
Guru Kanan Kemanusiaan : En. Saw Kean Tat
Pn. Noorzatulatikah Bt Kamis@Puteh
Pn. Noor Haidah Bt Yaakob
BARISAN GURU SEMESTI