Al-Quran
Ertinya: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah (yang keluar mengalir), daging khinzir (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah s.w.t., yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembeli. Dan (diharamkan juga) yang disembelih atas nama berhala. (Diharamkan juga) kamu menilik nasib dengan batang-batang anak panah." (Surah al-Ma'idah 5:3)
Hadis
Ertinya: "Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. (mafhumnya): "Sesiapa yang bersolat dengan solat kami, menghadap kiblat kami, memakan sembelihan kami, maka beliau ialah Muslim yang mendapat jaminan Allah s.w.t. dan jaminan Rasul-Nya. Jangan kamu langgar janji Allah s.w.t. pada jaminan-Nya."
Ijmak
Telah ijmak ulama tentang halalnya binatang yang disembelih.