Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah ditubuhkan pada 16 Jun 2000. Seramai 25 orang guru perintis telah melaporkan diri pada 20 Jun 2000. Pada ketika itu, hanya terdapat jawatan Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan 23 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Guru perintis ini telah membuat persiapan bagi menerima kemasukkan pelajar-pelajar yang dijadualkan.
Pada 21 Julai 2000, seramai 180 orang pelajar tingkatan satu yang merupakan kumpulan pelajar yang pertama mula melaporkan diri di SEMASHUR. Pada Januari 2001, SEMASHUR telah menerima pengambilan pertama pelajar-pelajar tingkatan empat.
Sejarah telah tercipta pada tahun 2009, apabila SEMASHUR telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kohort ke-3 dengan kebitaraan Ragbi, Matematik dan Unit Beruniform. Pada 2012 pula, SEMASHUR diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Ke-3 pada Disember 2012. Etos sekolah adalah Ragbi dan Inovasi Sains.
1. Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutama dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
2. Memperbanyakan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemapanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SEMASHUR supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
7. Mewujudkan warga SEMASHUR yang mengamalkan budaya penyayang.
8. Melahirkan kejituan semangat patriotik dalam kalangan murid SEMASHUR
9. Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
Membentuk kepimpinan berkesan dengan melaksanakan budaya kerja berkualiti melalui
a. Penambahbaikan berterusan dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme serta pengurusan personal.
b. Melahirkan modal insan yang beradab, berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.
c. Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni.
d. Menyemai semangat patriotisme dan cinta akan sekolah dan negara.