Pengenalan
Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) ini telah diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penyertaan dari sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh Malaysia.
PerKISS mempertandingkan beberapa kriteria utama seperti berat barangan kitar semula terkumpul, komitmen, inisiatif dan inovasi warga sekolah dalam menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti pembudayaan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta inovasi barang kitar semula daripada bahan terpakai.
Secara tidak langsung, para pelajar didedahkan dengan amalan 3R, isu-isu berkaitan penjagaan alam sekitar, kepentingan menangani masalah pengurusan sisa pepejal dan cara mengatasi masalah pencemaran yang disebabkan oleh pembuangan sisa pepejal yang tidak sistematik.
Objektif
Menyediakan platform kepada pihak sekolah untuk menjadi peneraju amalan 3R terhadap masyarakat setempat.
Mendidik pelajar supaya menghargai sisa pepejal sebagai sumber ekonomi dan nilai artistik; dan
Menerapkan budaya mencintai kebersihan persekitaran melalui amalan 3R dalam kalangan warga sekolah.