Sekolah Kebangsaan Meru telah ditubuhkan pada Disember 1994. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Tap dan telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Meru (Jalan Tap). Di awal pembukaan sekolah mempunyai lebih kurang seramai 500 orang murid dan berkeluasan 10 ekar. Sekolah ini juga merupakan sebuah Sekolah Gred A. Mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 1 tingkat di awal penubuhannya. Bagi menampung kapasiti murid yang kian bertambah, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina pada 2008 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2010. Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula dijalankan pada 2010 yang menempatkan 11 orang murid. Selain itu, dua buah kelas Prasekolah yang menempatkan 50 orang murid mula dijalankan pada awal persekolahan 2003. Pada tahun 1995, PIBG SK Meru telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan No.Pendaftaran SEL 848. Julung kalinya PIBG SK Meru telah mengadakan Program Kayuhan 1 Meru yang bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan surau SK Meru yang dibina untuk kemudahan warga SK Meru khasnya.
1. Tn. Hj. Mohd Fadzillah B. Hj. Noh 01.12.1994 - 19.12.1999
2. Pn. Hjh. Habsah Bt. Hj. Said 21.12.1999 - 30.09.2001
3. Pn. Rosnaini Bt. Hashim 01.12.2001 - 15.01.2004
4. En. Shaari B. Ahmad Talib 16.3.2004 - 01.11.2011
5. En. Mohd Sairi B. Hussin 16.11.2011 - 1.8.2014
6. Pn. Azizah Bt Mat 16.12.2014 - 16.10.2017
7. Tuan Hj. Mohd Abdul Manaf B. Hj. Ali 16.10.2017 - 23.1.2022
8. En. Mohd Yazid @ Mohd Paisal B. Mohamad Kamin 24.1.2022- sehingga kini
PADI
Padi adalah tanaman utama negara. Padi juga merupakan satu keperluan asas. Oleh itu dapatlah diumpamakan ia sebagai produk / hasil utama sekolah iaitu prestasi baik dari segi akademik mahupun kurikulum.
OBOR
Obor ialah penyuluh. Ia melambangkan ilmu dan suatu kehidupan warga sekolah yang ceria.
BUKU
Bentuk buku terbuka melambangkan ilmu pengetahuan yang dicurahkan itu tiada batasan untuk dipelajari dan dituntut.
GELUNG
Gelung melambangkan kejohanan sukan-sukan sekolah. Dengan ini dapatlah dimaksudkan sebagai semangat kesukanan dan muhibbah yang berkait rapat antara guru dan murid.
TERSERGAM INDAH SEKOLAH KAMI
MENJADI PUSAT MENIMBA ILMU
GURU MENDIDIK DENGAN DEDIKASI
TANPA MENGIRA JEMU
DI SINI KAMI TUMPAHKAN SETIA
BERTEKAN AKAN MENCAPAI CITA
BELAJAR BERSUNGGUH SEHINGGA BERJAYA
MENJANA INSAN MULIA
BERTAQWA DAN BERILMU
TETAP DI SANUBARI
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU
AKAN TETAP DI HATI