LATAR BELAKANG

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) mula beroperasi pada 1 Januari 2014. SSeMKL adalah sebuah sekolah yang berkonsepkan Sekolah Berasrama Penuh khusus untuk membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. SSeMKL didaftarkan pada 23 Januari 2014 mengikut Peraturan Pendidikan 1997 di bawah nombor pendaftaran / Kod Sekolah WEA0258 berkongsi premis dengan SMK Shah Alam di Persiaran Anjung Seri, U8/80 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. Pada 1 Januari 2019, SSeMKL telah berpindah ke premis sendiri iaitu di Jalan Seladang Off Jalan Pasar, 55100 Kuala Lumpur.