Pendidikan Khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan khas bagi kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Kaedah-kaedah tersebut meliputi juga aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran,latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan Pendidikan Khas juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuaikan jika perlu untuk memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid dan pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai jenis kecacatan.
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara
"KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA"
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid berkeperluan khas.
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Menyediakan pendidikan yang bersesuaian kepada setiap orang murid berkeperluan khas.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk murid-murid ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.
Mengamalkan sikap budaya penyayang dan mesra kepada semua pelanggan tanpa mengira bangsa dan agama.
Menjalinkan hubungan yang akrab & mesra antara ibubapa, guru, murid dan pekerja yang menjayakan aktiviti pendidikan.
Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, berfikiran terbuka dan melaksanakan tugas secara berpasukan.