2026
2026
Terdiri daripada:
7 buah kelas perdana
2 buah kelas PPKI
2 buah kelas Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Lasah telah dibuka pada tahun 1936. Pengasasnya Yang Mulia Datuk Penghulu Tuan Saiyid Abdur Rahman iaitu Penghulu Besar Mukim Pulau Kemiri. Bangunan didirikan oleh Jabatan Pelajaran Perak di atas sebidang Tanah seluas 5 ekar terletak di Hulu Kampung Lasah, 1 ½ batu daripada bangunan sekarang. Guru Besar yang pertama iaitu Encik Mohd Alwi bin Sidi berasal dari Lenggong bersama Encik Kulop Manas iaitu Ketua Kampung Lasah yang telah memajukan sekolah ini.
1942 – Peperangan Dunia Kedua meletus,sekolah digunakan mengajar Bahasa Jepun. Pihak Komunis membakar sekolah. Guru Besar Encik Mohd Isa bin Mat Arif diculik dan dibawa ke dalam hutan dan tidak diketahui nasibnya.
1946 – Sekolah dibuka semula dengan menyewa tiga pintu rumah kedai.Guru besarnya Encik Encik Mohd Yassin bin Derus.
1956 – Sekolah baru telah dibuka di tapak sekarang. Dirasmikan oleh Datuk Setia Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.
1959 – Kelas Darjah 6 telah diwujudkan.
1961 – Mata pelajaran Bahasa Inggeris mula diajar di sekolah ini.
1961 – Sekolah Chenein ditubuhkan. Guru besar pertamanya iaitu Encik Mutai bin Mat Nordin. Sekolah Lasah pula dikelolakan oleh Encik Naharuddin.
1979 – Bilangan murid semakin ramai, oleh itu bangunan tambahan diperlukan.
1986 – Pembinaan bangunan secara gotong royong berharga RM 50,000.00
1987 – Permohonan diluluskan sebanyak RM 20,000.00 untuk mengatasi kekurangan bilik darjah. Dua buah rumah guru telah dirobohkan.
1988 – Pagar sekolah telah siap dibina dengan harga RM 17,990.00.
1988 (Julai) – Pendawaian elektrik berjumlah RM 12,000 telah diperuntukkan untuk projek ini.
1989 – Jumlah murid semakin meningkat iaitu seramai 608 orang murid.
1989 – Bangunan sekolah 3 tingkat bernilai RM 559,950.00 di bawah Skim Pinjaman Dunia telah dibina. Dengan bantuan YB Dato Seri Samy Vellu, sejumlah RM 8,000 kegunaan Pusat Sumber untuk membeli pelbagai peralatan dan bahan bacaan. Guru Penyelaras Pusat Sumber ketika itu Encik Tasan Singh.
1992 – Dua Lot tanah di belakang sekolah dijadikan padang iaitu Lot 3440 dan Lot 3441.
1993 – 4 buah rumah guru dibina. Bangunan papan Blok B pula telah dibaik pulih.
Berdiri dengan megahnya
Sekolah Kebangsaan Lasah
Menyinarkan cahayanya
Kepada kita semua
Ibaratkan pelita
Menyinarkan cahayanya
Menyuluh murid-muridnya
Kejayaan yang dicipta
Majulah SEKELAS
Jayalah SEKELAS
Memimpin kami semua (2X)
Jasa-jasa tetap dikenang
Mendidik dan memimpin
Generasi Berjaya
Kebanggaan rakyat Malaysia
LAGU CIPTAAN : ASIAH MUSA
LIRIK OLEH : ABDUL MUTAI NORDIN