Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara.
Bagi pihak pegawai British, mereka mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi bertujuan untuk memudahkan pentadbiran pihak British.
Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al -Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.
Idea Pegawai British
Rasional Idea Pembentukan Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961
Perkara tersebut telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak
Ada yang menerima, ada juga yang menetang
REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN MALAYSIA
Tempatan
Persekutuan Tanah Melayu
Mendapat sambutan yang baik dari parti politik dan penduduk
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mendapat sokongan UMNO tentang pembentukan Malaysia
Brunei
(I) Menyokong
Sultan brunei Sultan omar ali saifuddin
Rakyat brunei (pada peringkat awal) kerana ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu
(II) Menentang
Parti rakyat brunei (Pimpinan A.M. Azahari) lebih berminat menggabungkan sarawak, sabah, brunei dan kalimantan utara
Berpendapat bahawa pembentukan malaysia merupakan satu cara british mengekalkan pengaruh untuk menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan
Khuatir brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan
Negara Jiran
Indonesia
Mengalu-alukan Pembentukan Malaysia oleh Dr. Mohammad Hatta (Naib Presiden Indonesia ) dan Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia)
Filipina
Menentang Pembentukan Malaysia oleh Presiden Diosdado Pangan Macapagal (Macapagal) untuk menuntut Wilayah Sabah
Thailand
Reaksi Positif Dan Menerima Idea Pembentukan Malaysia
Dianggap Memperkuat Usaha Ke Arah Keamanan Di Rantau Asia Tenggara
3. Sarawak
(I) Menyokong
a) Barjasa
Pimpinan datuk patinggi abdul rahman ya’kub dan datu tuanku haji bujang tuanku othman
b) Panas
Pimpinan datu bandar abang haji mustapha
c) Pesaka
Pimpinan temenggung jugah anak barieng
d) Sca
(II) Menentang
a) Supp
Pimpinan ong kee hui
b) Snap (peringkat awal)
Stephen kalong ningkan
(III) Menyokong kemudian menetang
a) Snap
Berdasarkan cadangan jawatankuasa setia kawan malaysia (jskm)
4. Sabah
(I) Menyokong
a) Usno
Pimpinan datu mustapha datu harun
b) Sabah alliance ( oktober 1962)
Terdiri daripada :
Unko
Usno
United pasok momogun (upko)
Democratic party
Sabah indian congress
(II) Menentang
a) Penduduk sabah
Menganggap tanah melayu terasing
Mempersoalkan keadaan pemimpin menyesuaikan kegiatan politik, pilihan raya, dan berkerajaan sendiri
Jarak antara sabah dan sarawak yang jauh dari kuala lumpur
b) Barisan bersatu ( 9 ogos 1961)
Dianggotai oleh :
Ong kee hui (pengerusi supp)
A.M. Azahari (parti rakyat brunei)
Donald stephens/ fuad stephens (unko) (hanya pada peringkat awal)
5. Singapura
(I) Menyokong
a) People’s action party (pap)
Pimpinan lee kuan yew
b) Golongan pedagang dan pengusaha industri
Kerana membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada industri mereka
c) Parti buruh singapura
Bersetuju namun menganggap usaha yang sukar
(II) Menentang
a) Parti rakyat singapura
b) Barisan sosialis
Menganggap sebagai satu penjajahan baharu
Mencadang pandangan rakyat diperoleh sebelum menyertai malaysia
Usul pembentukan malaysia dibentangkan di dewan rakyat pada 16 oktober 1961
Mendapat sokongan majoriti ahli dewan
Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan pembentukan malaysia
Siri Lawatan
Julai 1961
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Lawatan ke sarawak dan brunei
Bertujuan meninjau dan bertemu pemimpin tempatan
Menerangkan rancangan pembentukan malaysia
Ogos 1962
Mengadakan lawatan ke Persekutuan Tanah Melayu
Meninjau kemajuan
Datu bandar abang haji mustapha
Temenggung jugah anak barieng
Donald stephens
Datu mustapha datu harun
November 1962
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Lawatan ke sarawak dan sabah
Lawatan rombongan ke Sarawak dan Sabah
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Ghafar Baba menunjukkan kesepakatan kalangan ahli politik
Untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan malaysia kepada penduduk sarawak dan sabah malaysia
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia ( jskm )
Ditubuhkan
23 julai 1961
Persidangan ahli-ahli parlimen komanwel di singapura
Ahli
Donald stephens, pengerusi jskm
Wakil pemimpin dari persekutuan tanah melayu, singapura, sarawak, sabah
Jskm
Menyokong rancangan malaysia dalam mesyuarat kedua
Peranan
Memberi kefahaman kepada pemimpin tempatan
Mendapatkan sokongan terhadap pembentukan malaysia
Tujuan penubuhan
Menyebarkan maklumat tentang malaysia
Mengumpulkan pandangan
Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan malaysia
Menyediakan ruang perbincangan untuk kata sepakat
Meyakinkan penduduk sarawak dan sabah
Referendum Singapura
1.Persetujuan penyertaan singapura
Melalui rundingan
Diadakan pada bulan ogos 1962 hingga bulan september 1962
2.September 1962
Satu referendum diadakan
Menyatakan bentuk pilihan singapura menyertai malaysia
3.Keputusan referendum
Rakyat singapura bersetuju bergabung membentuk malaysia seperti syarat yang ditetapkan
Rundingan London
November 1961
Rundingan pembentukan malaysia antara kerajaan persekutuan tanah melayu dengan kerajaan british
Bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya
Untuk meninjau reaksi penduduk di sarawak dan sabah
Suruhanjaya Cobbold
Dibentuk secara rasmi pada Januari 1962
Lord cobbold sebagai pengerusi
Ahli-ahli :
Sir Anthony Abell
Sir David Watherston
Muhammad Ghazali Shafie
Wong pow nee
Lawatan
Melawat 35 pusat lawatan
20 pusat di sarawak 15 pusat di sabah
Jun 1962
Suruhanjaya cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan british dan persekutuan tanah melayu
Kandungan Laporan Cobbold :
Dua pertiga penduduk menyokong pembentukan malaysia
Mengesyorkan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 menjadi asas perlembagaan persekutuan yang baharu
Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberikan kepada sarawak dan sabah
Tidak boleh dipindah atau dibatalkan tanpa persetujuan kerajaan negeri
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Ogos 1962
•Kerajaan british dan persekutuan tanah melayu mengumumkan penubuhan
Diwakili
•Kerajaan british
•Persekutuan tanah melayu
•Sarawak
•Sabah
Bertujuan
•Menyediakan rangka perlembagaan
•Membentuk keperluan melindungi kepentingan sarawak dan sabah
Mengusulkan
•18 perkara bagi sarawak
•20 perkara bagi sabah
•Untuk menjamin hak dan kepentingan rakyat sarawak dan sabah
Pengerusi
•Lord lansdowne, menteri tanah jajahan
Timbalan pengerusi
•Tun abdul razak hussein
Wakil sarawak
•Ketua setiausaha
•Peguam negeri
•Setiausaha kewangan
•Datu bandar abang haji mustapha
•Temenggong jugah anak barieng
•Pengarah montegrai
•Ling beng siew
•Chia chin sin
Wakil sabah
•Ketua setiausaha
•Peguam negeri
•Setiausaha kewangan
•Datu mustapha datu harun
•Donald stephens
•Koo siak chiew
(I) Jawatankuasa kecil
•Perlembagaan
•Kewangan
•Perkhidmatan awam
•Perundangan dan kehakiman
•Organisasi jabatan
(II) 30 ogos 1962
•Mesyuarat pertama di jesselton (kota kinabalu)
(III) 18-20 september 1962
•Mesyuarat terakhir di kuala lumpur
Teras utama dalam perlembagaan
Islam agama persekutuan malaysia kecuali sarawak dan sabah
Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan malaysia tetapi bahasa inggeris juga sebagai bahasa rasmi sarawak dan sabah
Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan kecuali sarawak dan sabah (kekal di bawah kerajaan negeri sehingga majlis negeri membuat pindaan).
Kuasa imigresen terletak di bawah kerajaan persekutuan tetapi sarawak dan sabah diberi kuasa tersendiri
Dalam parlimen
24 kerusi kepada sarawak
16 kerusi kepada sabah
15 kerusi kepada singapura
Perjanjian Julai 1963 [ Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) ] ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British , Persekutuan Tanah Melayu Sarawak, Sabah dan Singapura pada 9 Julai 1963 di London.
Kandungan perjanjian ini adalah seperti yang dikemukakan oleh JAK.
Prinsip utama perjanjian ini mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri dalam Malaysia
Inti Pati Perjanjian Malaysia
Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963.
Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia.
Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri.
.Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan kepada Sarawak dan Sabah.
Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi; Sarawak 24 kerusi; dan Sabah 16 kerusi.
Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersekutu ( PBB )
Indonesia membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia (PBB).
U Thant , Setiausaha Agung PBB mengumumkan penubuhan United Nations Malaysia Mission (UNMM) pada 12 Ogos 1963 untuk menilai dan membuat laporan
Laurence Michelmore, Duta Amerika Syarikat di PRB mengetuai rombongan melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah.
Pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 ditangguhkan kerana laporan Setiausaha (PBB) dapat disiapkan pada 14 September 1963.
Pada 14 September 1963, laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan Malaysia diterbitkan.
Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
Laporan Suruhanjaya PBB tentang Malaysia
Dokumen Pemasyhuran Malaysia
Penentangan Indonesia muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan.
Partai Komunis Indonesia guna kesempatan untuk menvelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaan British.
KONFRONTASI
Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia.
Peristiwa Penentangan
INDONESIA
20 Januari 1963
Melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia”
16 Januari - 27 Mac 1963
Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak.
Ogos - Disember 1964
Pendaratan gerila di Johor
TURUTAN PERISTIWA
Tindakan ketenteran terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963.
Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kabalakan,Sabah.
Pada 2 September 1964, berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang perila Indonesia di Labis,Johor.
Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera Malaysia.
Dr.Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB.
Kedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk bertindak selain cara diplomatik.
LANGKAH MENAMATKAN KONFRONTASI
1963
U.Thant mengutus C.V. Narasimhan untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.
Presiden Macapngal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963 diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terangkan tujuan pembentukan Malaysia.
Tun Abdul Razak Hussein menghadiri peringkat Menteri Luar di Manila pada 7-11 Jun 1963 mencari penyelesaian konfrontasi.
Dr.Subandrio , Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menghadiri mesyuarat dengan Presiden Soekarno dan Preside Macapagal di Manila
Kerajaan Indonesia dan Filipina terima pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB
1964
Rundingan Malaysia,Indonesia dan Filipina berlangsung pada tahun 1964
Dua persidangan : peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo.
Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia
1965
Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965 menamatkan konfrontasi.
Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi.
1966
Kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi pada 4 Ogos 1966
Tun Abdul Razak Huessein menandatangani Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia- Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966.