Kami amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan projek Sejarah ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan tugasan ini. Kami juga telah banyak memperolehi maklumat tentang Sejarah Bab 7 yang bertajuk Membina Kesejahteraan Negara. Oleh itu, kami akan menggunakan maklumat yang telah diperoleh dengan sebaik mungkin.
Kami juga telah mempelajari tentang Sejarah Tingkatan 5 KSSM BAB 7 Membina Kesejahteraan Negara ini. Kami juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, bertanggungjawab dan kerjasama antara kami semasa menjalankan dan menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan kami sebagai ahli kumpulan bersama-sama berganding bahu untuk mencari maklumat tentang Sejarah Bab 7 iaitu Membina Kesejahteraan Negara ini.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada kami untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, nilai yang telah kami perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat perpaduan kaum dan menghayati Prinsip Rukun Negara. Kini, kami telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kami juga telah diberi kesedaran bahawa kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mecapai sesuatu matlamat.
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Harapan
Kami berharap agar semua warga Malaysia ini akan bertanggungjawab dan menunjukkan kesungguhan dalam mewujudkan perpaduan untuk meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.