Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) merupakan salah satu pilih badan uniform yang popular di peringkat sekolah rendah. Perkataan “Tunas” itu menggambarkan bahawa keanggotan TKRS ini hanyalah terhad untuk para pelajar sekolah rendah sahaja berbanding Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang dibuka keanggotaannya untuk pelajar sekolah menengah. Seperti unit badan beruniform yang lain di sekolah, TKRS mempunyai identitinya yang tersendiri baik dari segi pakai uniform, logo, lagu dan sebagainya.
SEJARAH PENUBUHAN TKRS
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999.
Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
TKRS ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja.
Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
Sementara itu, Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan lebh awal dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.
Pada mulanya KRS ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
COGAN KATA TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) menggunakan cogan kata “ILMU IMAN AMAL”.
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
BENDERA TKRS
Gambar di atas merupakan bendera rasmi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Warna Hijau melambangkan
Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum
KRS/TKRS.
PAKAIAN UNIFORM TKRS
Berikut merupakan panduan pemakaian rasmi pakaian uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS):
Lelaki
Beret berwarna Sherwood Dark Green.
Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm – 30 cm)
Tali wisel merah.
Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
logo KRS.
Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
Perempuan
Beret berwarna Sherwood Dark Green.
Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ).
Seluar /Kain Sekolah.
Tali wisel merah.
Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
LAGU RASMI TKRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah