TARIKH 20 JUN - 15 OGOS 2021
Pengumuman Penting
Dokumentasi TIDAK perlu disertakan dalam penghantaran projek Game Pertandingan Junior STEM Coding Challenge.
Hanya 10 peserta terbaik sahaja yang akan kami telefon dimestikan untuk menyediakan dokumentasi di mana masa akan diberikan dalam beberapa hari untuk menyiapkan dokumentasi.
Tarikh tutup penghantaran pada 15 Ogos 2021
Link penghantaran : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdBTUKPo8wfjfJR7V_PJ9e9tnxQWSM59FB7xeLvuW1U6veQAg/viewform
Sesi Kelas Pembelajaran Scratch yang telah dijalankan
1. https://youtu.be/0F_xL3PfoTI
2. https://youtu.be/Yomss-vC0-o
3. https://youtu.be/hIBXVdFh_4Y
4. https://youtu.be/XGPmkFe6Y0c
Pendaftaran & Penghantaran Projek : Link Pendaftaran & Penghantaran
Telegram Rasmi Junior Stem Coding Challenge Negeri Johor : https://t.me/joinchat/M0CWolPw2kxhYzM1
PENGENALAN
Pertandingan JUNIOR STEM CODING CHALLENGE merupakan yang pertama seumpamanya di anjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia merupakan satu platform di mana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid sekolah rendah dari seluruh negara.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.
TEMA
STEM Adventure games ( PERMAINAN)
Anda diminta untuk membina satu permainan daripada perisian SCRATCH bertemakan STEM Adventure. Versi scratch yang digunakan adalah bebas, sama ada versi 2.0 atau versi 3.0.
Gunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam subjek TMK dan RBT.
Permainan yang dibina perlu ada pelbagai PERINGKAT CABARAN DAN TAHAP KESUKARAN SUPAYA ia lebih seronok dimainkan.
Projek ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan maksima 3 orang dengan bantuan seorang guru pembimbing.
Topik STEM yang dikaitkan boleh daripada bidang Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan ataupun gabungan dua atau lebih bidang yang telah disebutkan.
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Setiap pasukan pasukan boleh terdiri daripada minimum seorang hingga maksimum tiga orang ahli dan seorang mentor (guru pembimbing).
Jumlah pasukan dalam satu sekolah adalah tidak terhad dan ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
e-Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan yang menepati tema & syarat pertandingan. Nama yang tertera pada e-sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing).
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.
Permainan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai level mudah, sederhana dan sukar serta penggunaan code yang pelbagai.
Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
KARNIVAL STEM 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI JOHOR
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
0137144438
Telegram : http://bit.ly/stemjohor