Tugas utama seorang guru adalah untuk memudah kan pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yagng menarik dan harmoni serta menciptakan pengajaran yang berkesan.
Guru mesti menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih hendaklah boleh merangsang murid belajar secara aktif, membantu menganalisis konsep atau Idea dan berupaya menarik hati murid serta menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif pengajaran. Aktiviti tersebut mestilah mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta membantu guru.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah:
Kaedah Sumbang Saran
Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah Perbincangan atau Penyelesaian Masalah
Kaedah Audio lingual
Kaedah Kod Kognitif
Kaedah Projek
Mengikut teori pembelajaran kontekstual pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya.
Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada dl bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.
Teori ini menggalakkan pendidik memilih dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.
Peranan Guru:
Menentukan objektif pembelajaran
Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid
Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan PdP
Memilih bahan PdP yang sesuai
Berbincang dengan murid
Menilai secara formatif dan sumatif serta mengambil rekod pencapaian murid
Mengambil tindakan susulan sewajarnya
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdedikasi. Dalam PAK bahan pengajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid mendapatkan maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program PAK menyedia pentaksiran kendiri.
Penilaian Kendalian Sekolah bermaksud peranan penting yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baharu terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti PdP adalah pada akhirnya menuju ke arah membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan PdP yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses PdP yang berkualiti.
Tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik sebenarnya apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil dalam jangka masa yang munasabah.
Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam PdP boleh dikategorikan sebagai:
Tutorial
Penerokaan (eksplorasi)
Aplikasi, dan
Komunikasi
Pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran, murid didedahkan dengan pelbagai maklumat yang boleh didapati dengan cara yang menarik dan mudah. Guru boleh menggunakan ICT untuk membina bahan PdP, persembahan dan alat demonstrasi serta komunikasi.
Juga dikenali sebagai teknik Tinjau dan Siasat. Strategi ini dapat menimbulkan daya refleksi murid. Strategi ini merangkumi aktiviti:
Proses mengenali masalah
Mengkaji jangkaan atau ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusan
Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis. Kajian Masa Depan terbahagi kepada Kemahiran Asas dan Kemahiran Khusus.
Kemahiran Asas yang perlu dibina:
Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.
Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan; dan
Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.
Kemahiran Khusus tidak bersifat hierarki boleh dimulai dan dinilai mengikut tujuan pengajaran. Guru boleh memulakan dengan pemahaman konsep masa depan hingga pemahaman dimensi kemapanan, atau menggunakan salah satu atau beberapa daripada teknik kemahiran khusus yang bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran.
Linda Campbell, Bruce Campbell merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:
Keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan yang sebenar
Kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan; dan
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya
Lapan Jenis Kecerdasan Pelbagai:
Verbal Linguistik - kebolehan menggunakan bahasa lisan, bacaan dan penulisan untuk menyatakan pendapat dan memberi pandangan
Logik-Matematik·- kebolehan menggunakan nombor, pengiraan, pengkelasan atau menggalakkan pemikiran kritis
Visual-Ruang·- kebolehan melakar penyusunan grafik seperti membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaianya
Kinestetik - kebolehan manipulasi alat atau bahan untuk menyelesaikan masalah
Muzikal·- kebolehan menyedari ritma, harmoni, kecanggungan untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya
Interpersonal - kebolehan mendapat idea pelbagai melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya
Intrapersonal - kebolehan membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan sendiri mengenai masalah dan penyelesaiannya
Naturalis - kebolehan menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan jalan penyelesaiannya
Analyse Learners
State Objectives
Select Instructional Methods, Media and Materials
Utilize media and materials
Requires Learners Participation
Evaluate and Revise
Analyse
Design
Development
Implement
Evaluate