3.0 Koordinasi dan Gerak Balas

OLEH : CIKGU JASVINATE ESTHERANA JENUS

3.1 Homeostasis dalam Benda Hidup

Apakah maksud homeostasis?

  • Homeostasis merujuk kepada pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan yang seimbang dan stabil

  • Pengekalan persekitaran dalam badan sesuatu organisma dalam keadaan seimbang dan stabil membolehkan semua proses hidup dalam badan organisma itu berjalan dengan lancar.

  • Sekiranya keadaan persekitaran tidak seimbang, misalnya suhu terlalu tinggi, sel-sel organisma boleh mati.

Homeostasis dalam Manusia

Pernahkah anda menggunakan ketuhar?

  • Tahukah anda bahawa termostat digunakan untuk mengawal suhu ketuhar?

  • Jika termostat mengesan suhu ketuhar terlalu tinggi, fungsi pemanas pada ketuhar akan dimatikan dan suhu akan menurun. Sebaliknya, jika termostat mengesan suhu ketuhar terlalu rendah, fungsi pemanas akan dihidupkan semula untuk menaikkan suhu.

  • Begitu juga dengan badan kita yang mempunyai mekanisme yang boleh mengawal suhu badan, kandungan air dan sebagainya supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

Homeostasis adalah penting kepada manusia.

Antara kawalan homeostasis yang penting dalam badan manusia ialah kawal atur kandungan air dan suhu badan

HOMEOSTASIS DALAM HAIWAN

HOMEOSTASIS DALAM TUMBUHAN

GAMBAR STOMA

KEPENTINGAN HOMEOSTASIS

  • Menyediakan keadaan optimum dalam badan

  • Dapat menjalankan aktiviti metabolisme dengan cekap

  • Tindak balas kimia sel hidup dikawal oleh enzim yang peka kepada perubahan persekitaran

  • Perubahan suhu mempengaruhi aktiviti enzim

LATIHAN

SUMBER RUJUKAN

  1. BUKU TEKS SAINS TINGKATAN 1

  2. https://www.youtube.com/watch?v=9FkvH-mMwb0

  3. https://www.youtube.com/watch?v=MPyK1OXZNzo

  4. https://www.youtube.com/watch?v=5hX6cSH8WFU

  5. Nota bab 3 (slide powerpoint dari group telegram Sains Tingkatan 1)

  6. Google image