KEMBALI KE
SAINS HAYAT
TAJUK
3.0 HAIWAN
STANDARD KANDUNGAN
3.1 ORGAN PERNAFASAN HAIWAN
3.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan haiwan.
3.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang organ pernafasan haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
OBJEKTIF
Pada akhir Pdpc, murid boleh:
mengenal pasti 4 organ pernafasan haiwan bersamaan dengan contoh.
melakar dan melabelkan organ pernafasan haiwan.
PENGENALAN
Sumber: Gambar dari www.vecteezy.com
Murid memerhatikan gambar haiwan.
Murid mencerita tentang nama dan tempat tinggal haiwan tersebut. (darat/air)
AKTIVITI
AKTIVITI 1
Sumber: Buku Teks Sains Tahun 4 m/s 54
Murid diterangkan tentang 4 organ pernafasan haiwan berdasarkan kepada buku teks.
Secara rawak, murid memberitahu satu contoh haiwan yang lain yang menggunakan peparu, insang, spirakel dan kulit lembap untuk bernafas.
AKTIVITI 2
Sumber: Buku Teks Sains Tahun 4 m/s 54
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan sarung tangan, ikan, dulang, forsep, kanta tangan, kertas A4 dan pen penanda.
Murid memerhatikan insang ikan dan melakarkannya pada kertas A4, kemudian labelkan.
Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
Soal jawab dengan murid contoh haiwan lain yang bernafas dengan menggunakan insang.
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN 1
Padankan jawapan.
Sumber: Live Worksheets
PENILAIAN 2
Jawab soalan di bawah.
DISEDIAKAN OLEH:
NYEOH LEE PING
SK KAMPONG BARU
PPD PENDANG