SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
SISC+ SAINS SOSIAL
MENGENAI KAMI:
PENGENALAN
SISC+ atau School Improvement Specialist Coach adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Peringkat awal pelantikan, pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan ditempatkan di PPD untuk membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pada ketika itu, SISC+ hanya akan dilantik untuk tiga mata pelajaran yang dinyatakan sahaja.
Bermula tahun 2020, selepas berlakunya pengstrukturan, SISC+ ditugaskan mengikut bidang masing-masing untuk :
Membimbing dan membangunkan Middle Leaders (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi
Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian
SENARAI BIDANG SISC+ :
Sains Sosial
Bahasa
Sains dan Matematik
Teknik dan Vokasional (TVET)
MATA PELAJARAN BIMBINGAN SISC+ SAINS SOSIAL :
SEKOLAH RENDAH :
Sejarah
Pendidikan Moral
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Muzik
SEKOLAH MENENGAH :
Sejarah
Pendidikan Moral
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Sains Sukan