* MURID CERIA * GURU BAHAGIA * SEKOLAH BITARA * NEGARA SEJAHTERA *
LOGO DAN MODEL HALA TUJU
PENERANGAN MODEL HALA TUJU
Organisasi yang mempunyai hala tuju yang jelas, mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperoleh kejayaan di masa hadapan. Model Hala Tuju TS25 SeNILAM dibina berdasarkan bentuk sebuah pentas. Lazimnya sebuah pentas dibina daripada 3 komponen utama, iaitu tapak, tiang dan pentas utama.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan asas kepada model ini dengan rujukan utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembinaan model ini seterusnya berlandaskan kepada fokus Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Mendepani Pendidikan Global dan melangkah ke arah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan hasil perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
3 tonggak atau tiang yang kukuh merupakan elemen penting dalam memastikan Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti iaitu Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Sokongan PIBG/ Komuniti. Tiang ini akan menjunjung pentas utama iaitu Persekitaran Pembelajaran Bermakna.
Di atas pentas utama model ini diletakkan permata nilam sebagai tanda kejayaan modal insan yang akan dicapai dari sudut Kurikulum Cemerlang, Kokurikulum Terbilang dan Sahsiah Mulia dan seterusnya memancarkan Kemenjadian Murid yang akan melengkapkan SMK Seri Nilam sebagai Sekolah Berkualiti menjelang tahun 2025