PERTANDINGAN ROBOTIK, INOVASI, DRON PERINGKAT KEBANGSAAN DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2026
ROVATION 2026 merupakan sebuah platform yang bertujuan untuk mengetengahkan kreativiti dan bakat para peserta dalam merealisasikan idea inovatif, teknologi robotik, aplikasi dron serta inisiatif keusahawanan melalui pertandingan dan pameran.
Paparan terbaik laman web ini adalah melalui tablet atau komputer riba / PC.
Pertandingan Robotik, Inovasi, Dron Peringkat Kebangsaan dan Karnival Keusahawanan 2026 (ROVATION 2026) merupakan program peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kolej Vokasional Kulim. Dengan membawa tema “Powering Possibilities”, program ini menyediakan platform kepada para peserta dari seluruh Malaysia untuk menonjolkan kreativiti, inovasi, teknologi robotik, aplikasi dron serta bakat keusahawanan.
ROVATION 2026 menampilkan Pertandingan Inovasi, Pertandingan Robotik & Dron serta Karnival Keusahawanan. Pertandingan Inovasi akan dijalankan secara hibrid (dalam talian dan bersemuka), manakala Pertandingan Robotik dan Dron akan dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi, perkembangan teknologi, kreativiti dan keusahawanan dalam kalangan pelajar, pendidik, penyelidik, inovator serta masyarakat umum.
ROVATION merupakan sebuah acara berprestij yang dianjurkan oleh Kolej Vokasional Kulim dengan tujuan memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar, pensyarah serta komuniti pendidikan vokasional di seluruh negara. Pertandingan ini menjadi platform untuk mengetengahkan idea baharu, ciptaan teknologi dan penyelesaian inovatif yang mampu memberi impak positif kepada dunia pendidikan dan industri.
Melalui penganjuran ini, para peserta berpeluang meningkatkan kemahiran, membina jaringan profesional serta menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing di peringkat kebangsaan.