Mungkin anda pernah menonton video ini dan pernah melihat roket terbang di angkasa. Roket boleh terbang dalam kedudukan menegak dan melawan graviti bumi untuk terbang keluar dari atmosfera bumi dan terbang di angkasa lepas.
Bagaimanakah roket ini boleh terbang? Apa persamaan roket angkasa dan roket air?
Roket merupakan pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket. Ekzos ini terhasil dari satu atau lebih bahan api yang dibawa dalam roket sebelum dilancarkan. Tujahan ini digambarkan mengikut hukum gerakan Newton ke-3.
Tujahan adalah daya yang mendorong pesawat untuk menggerakkan roket di udara. Tujahan dihasilkan melalui pengaplikasian teori gerakan Newton Ke-3 dimana ia menyatakan bahawa setiap daya tindakan akan menghasilkan tidak balas yang sama magnitud tetapi arah yang bertentangan. Bagi sesebuah system enjin roket, jumlah tujahan yang dihasilkan bergantung kepada jisim yang mengalir melalui enjin dan halaju gas yang dikeluarkan.
Roket air menggunakan teori yang sama seperti roket angkasa. Air yang keluar dari botol akan mendorong roket tersebut untuk terbang dan bergerak ke hadapan.
Roket air adalah salah satu jenis roket yang menggunakan air sebagai bahan bakarnya. Roket dibina dengan menggunakan botol plastik minuman ringan yang tahan dengan tekanan. Tekanan diberikan di dalam roket yang membolehkan roket itu terbang. Air dipaksa keluar oleh udara yang bertekanan, biasanya udara yang telah dimampatkan di dalam roket akan menolak roket utk terbang.