Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Surau Nurul Iman, SMK Sg Burong
Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling & Unit Kurikulum SMK Sg Burong
Peserta : Semua calon SPM 2023, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Restu daripada ibu bapa dan guru merupakan salah satu pemangkin bagi kejayaan setiap murid. Kejayaan dalam peperiksaan adalah impian setiap murid. Setelah sekian lama berusaha dengan gigih, kini tibalah masanya perjuangan sebenar iaitu perjuangan menghadapi peperiksaan yang selama ini dinantikan. Sebagai murid sudah pastinya mengharapkan doa kejayaan bagi mengiringi mereka ke medan “perjuangan”. Bagi guru pula sentiasa berharap agar murid dapat melalui saat-saat genting ini dengan penuh ketenangan tanpa rasa gentar. Atas alasan inilah Program Restu Ilmu harus diadakan agar murid terutama calon SPM SMK sungai Burong berpeluang untuk mengucapkan rasa terima kasih di atas ilmu yang disampaikan oleh guru dan mengharapkan doa restu dari insan yang berbakti untuk kejayaan mereka.
2.1 Memupuk nilai berterima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan oleh guru.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah.
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada murid untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri mereka khususnya dalam pelajaran.
2.4 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid bahawa keberkatan daripada guru dan ibu bapa antara tonggak kejayaan mereka.
2.5 Meningkatkan prestasi pencapaian SPM mengikut KPI yang telah ditetapkan.
3.1 Murid merupakan aset kepada sekolah dan pihak sekolah bertanggungjawab Menjaga kebajikan mereka.
3.2 Pelajar lebih bersemangat dan bersedia menghadapi peperiksaan
Semua calon SPM SMK Sungai Burong seramai 91 orang
7.40 pagi - Kehadiran Ibu bapa Penjaga
8.00 pagi - Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat sunat Dhuha
9.00 pagi - Restu Ilmu
9.30 pagi - Sarapan
10.00 pagi - Bersurai
Ibu bapa yang hadir mendaftar di meja pendaftaran. Sekitar 15 orang ibu bapa/penjaga yang hadir dalam majlis ini.
Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan solat dhuha, solat hajat, bacaan Yasin.
Ucapan dan amanat daripada En Zainal 'Abidin, YDP PIBG dan Tn Hj Adnan, PK Pentadbiran.
Upacara restu ilmu bersalam-salaman antara pelajar dengan guru-guru dan ibu bapa.
Penyerahan alat tulis kepada pelajar-pelajar.
Setelah selesai majlis di surau, semua pelajar menikmati jamuan berbungkus yang telah disediakan.
Majlis tamat sekitar jam 10.15 pagi.