Jiwa Merdeka!
Pelajar harus mencipta 1 poster media sosial merangkumi tema "Jiwa Merdeka!" menggunakan Pixlr dan muat naik ke media sosial "Tiktok".
Syarat - Syarat Pertandingan
* Terbuka kepada semua pelajar berdaftar di sekolah Malaysia
* Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk menghantar 1 poster media sosial sebagai penyertaan.
* Sila baca terma dan syarat lanjut pertandingan ini di bawah sebelum menyertai.
[Pemenang Top 5 poster animasi terbaik akan memenangi hadiah utama.]
Cara - Cara untuk Menyertai
1. Cipta 1 poster menggunakan aplikasi Pixlr bertemakan "Jiwa Merdeka!"
2. Poster media sosial harus berada dalam saiz 1080 x 1920 px.
3. Sertakan butiran di bawah dalam poster tersebut:
- Tulisan "Jiwa Merdeka!"
- Sertakan hashtags #Merdeka2024 #JiwaMerdekawithPixlr #Pixlr #DELIMa #KodSekolah
4. Animasikan poster anda dan muat turun dalam bentuk mp4.
5. Muat naik poster animasi anda di media sosial TikTok.
6. Sertakan kapsyen anda bersama hashtags yang sama.
7. Isi borang penyertaan & hantar pautan poster animasi anda yang sudah di muat naik ke media sosial kepada kami.
Guru harus menghasilkan 1 video tutorial tentang cara menggunakan Pixlr untuk mencipta poster bertemakan "Jiwa Merdeka!" dan muat naik ke media sosial "Tiktok".
Syarat - Syarat Pertandingan
* Terbuka kepada semua guru berdaftar di sekolah Malaysia.
* Setiap guru hanya dibenarkan untuk menghantar 1 video sebagai penyertaan.
* Sila baca terma dan syarat lanjut pertandingan ini di bawah sebelum menyertai.
[Pemenang Top 5 video dengan jumlah "Like" Tertinggi akan memenangi hadiah utama.]
Cara - Cara untuk Menyertai
1. Cipta 1 video tutorial tentang cara menggunakan Pixlr untuk mencipta poster bertemakan "Jiwa Merdeka!"
2. Durasi video: Minimum 2 minit.
3. Pada akhir video, laungkan perkataan "Jiwa Merdeka with Pixlr"
4. Muat naik ke media sosial Tiktok anda dengan Hashtag:
#Merdeka2024 #JiwaMerdekawithPixlr #Pixlr #DELIMa #KodSekolah
5. Isi borang penyertaan & hantar pautan video anda yang sudah di muat naik ke media sosial Tiktok kepada kami.
6. Kongsi video kepada rakan dan pelajar anda untuk ditonton (video dengan ‘Like’ yang tertinggi akan memenangi hadiah pertandingan ini).
Hadiah Utama Pertandingan!
*Tertakluk kepada perubahan
Pemenang Top 5 Kategori Guru dan Murid akan memenangi 1000 Kredit AI di dalam akaun DELIMa Pixlr.
Tarikh Penyertaan:
10 Ogos 2024 - 15 September 2024
Pertandingan Untuk Murid
Pemenang Top 5 Poster Animasi Terbaik
*Tekan gif untuk tonton video bersama dengan muzik di Tiktok!
Pertandingan Untuk Guru
Pemenang Top 5 video dengan jumlah "Like" Tertinggi
*Tekan gif untuk tonton video di Tiktok!
Tahniah kepada pemenang pertandingan, jumpa lagi dalam pertandingan tahun depan!