KEMBALI KE
REKA BENTUK MAKANAN
TAJUK
5.0 REKA BENTUK MAKANAN
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Reka Bentuk Makanan
5.1.1 Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada jenis makanan yang dipilih.
5.1.2 Menerangkan kepentingan reka bentuk makanan.
OBJEKTIF
1) Murid dapat memadankan lima reka bentuk yang sesuai mengikut jenis makanan
2) Murid dapat menuliskan lima kepentingan reka bentuk makanan dengan betul.
PENGENALAN
Tonton video reka bentuk makanan dan kepentingannya.
Tonton video berikut dan cuba cadangkan jenis makanan yang boleh boleh di reka bentuk
AKTIVITI
Aktiviti 1
Baca dan fahamkan apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk makanan
REKA BENTUK MAKANAN
Reka bentuk makanan bermaksud pembentukan, hiasan, ukiran pada sesuatu makanan.
Untuk menghasilkan reka bentuk makanan, penggunaan alat yang bersesuaian adalah penting.
Alat bermaksud barang yang digunakan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu.
Perkakasan pula bermaksud peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan.
Bahan makanan merujuk kepada jenis makanan yang dipilih untuk direka bentuk sama ada roti, buah-buahan, kek atau kuih-muih.
Bahan makanan ini boleh direka bentuk mengikut kreativiti dan idea sendiri.
Bahan makanan merujuk kepada jenis makanan yang dipilih untuk direka bentuk sama ada roti, buah-buahan, kek atau kuih-muih.
Bahan makanan ini boleh direka bentuk mengikut kreativiti dan idea sendiri.
Aktiviti 2
a. Lihat beberapa contoh reka bentuk makanan yang dihasilkan
Aktiviti 3
Baca dan fahamkan, mengapa reka bentuk makanan kenting kepada kita.
Kepentingan reka bentuk makanan kepada kita.
Penilaian
Penilaian 1
Cuba padankan empat jenis makanan dan reka bentuk yang sesuai.
Penilaian 2
a. Padankan lima jenis makanan dan jenis reka bentuk yang betul
b. Tuliskan lima kepentingan reka bentuk makanan kepada kita.
DISEDIAKAN OLEH:
Zailan bin Dzahir
Guru RBT
Sekolah Kebangsaan Perik