RBT TAHUN 4
KEMBALI KE
RBT TAHUN 4
PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Reka Bentuk
2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan contoh produk sedia ada.
OBJEKTIF
Pada akhir pebgajaran dan pembelajaran , murid dapat :
Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan tiga contoh produk sedia ada
PENGENALAN
Berpandukan video pengenalan Reka Bentuk
Contoh reka bentuk:
Reka bentuk gelas
Reka bentuk pakaian
Reka bentuk kuih
AKTIVITI 1
ARAHAN SOALAN 1 HINGGA 20:
Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang betul.
1. Reka bentuk bermaksud
A. corak atau bentuk sesuatu produk yang direka
B. corak atau bentuk sesuatu produk terkini
C. corak atau bentuk sesuatu produk terbaik
D. corak atau bentuk sesuatu produk yang mewah
2. Mengapakah setiap produk mempunyai reka bentuk yang berbeza?
A. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan
B. Untuk memenuhi cita rasa pengguna
C. Untuk menjimatkan kos pengeluaran
D. Untuk mengelirukan pengguna
3. Antara berikut yang manakah kepentingan reka bentuk?
i.Memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza
ii. Membantu kerja dan memudahkan urusan
iii. Menjimatkan kos
iv. Memberikan pilihan yang terhad A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv
4. Apresiasi reka bentuk merupakan __________________ terhadap reka bentuk yang dihasilkan
A. elemen
B. gabungan idea
C. analisis
D. penghargaan
5. Apakah maksud produk?
A. Cantuman reka bentuk
B. Lakaran yang terbaik digambarkan oleh pereka
C. Barang, perkhidmatan dan sebagainya yang dihasilkan oleh seseorang atau mesin
D. Menambah kepelbagaian pilihan pengguna dalam pasaran
6. Apakah apresiasi yang boleh perolehi melalui gambar di bawah?
i.Mudah dibawa
ii.Mudah digunakan
iii.Sukar ditutup
iv.Sukar dipegang
A.i dan ii
B.i dan iv
C.ii dan iii
D.iii dan iv
7. Bagaimanakah elemen warna yang panas memberi kesan pada objek dan orang yang melihatnya?
A. Ia menimbulkan suasana ceria dan riang
B. Ia menimbulkan suasana tenang dan damai
C. Ia menimbulkan perasaan yang cemas dan gelisah
D. Ia menimbulkan suasana yang selesa
8. Gabungan beberapa __________________ dalam reka bentuk dapat mencetuskan idea penghasilan produk
A. idea
B. pemerhatian
C. elemen
D. perbincangan
9. Apakah elemen dalam reka bentuk yang sesuai bagi gambar dibawah?
A. Elemen garisan.
B. Elemen bentuk
C. Elemen tekstur
D. Elemen warna
10. Elemen reka bentuk yang manakah dapat membuat perbandingan besar atau kecil?
A. Elemen nilai
B. Elemen ruang
C. Elemen saiz
D. Elemen rupa
11. Apakah nama garisan ini?
A. Garisan berlingkar
B. Garisan tebal
C. Garisan beralun
D. Garisan halus
12. Apakah fungsi garisan yang terdapat pada gambar dibawah ini?
A. Garisan dapat menghasilkan ton yang terang atau gelap
B. Garisan mewujudkan situasi pergerakan bagi yang melihatnya
C. Garisan menghasilkan pelbagai jenis corak
D. Garisan yang menimbulkan bentuk
13. Langkah pertama dalam proses penghasilan produk ialah…..
A. menjanakan idea
B. melakarkan reka bentuk produk
C. menganalisis dan menilai
D. membuat penambahbaikan
14. Langkah akhir dalam proses penghasilan produk ialah…..
A. Menganalisis dan menilai
B. membuat penambahbaikan
C. membuat pembentangan projek atau produk
D. membuat pengiraan kos
15. Antara elemen yang perlu dianalisis pada lakaran yang dipilih adalah….
i.elemen rupa
ii.elemen bentuk
iii.elemen produk
iv.elemen idea
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan i
16. Tujuan analisis lakaran yang dipilih adalah untuk…..
A. mengesan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada lakaran produk
B. menguji sesuatu produk
C. membuat perbandingan kekemasan produk
D. memastikan produk dapat berfungsi dengan baik
17. ____________ ialah objek yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang sebenar.
A. Lukisan
B. Gambar
C. Lakaran
D. Model
18. Bagi penghasilan projek atau produk digalakkan menggunakan bahan kitar semula. Apakah maksud bahan kitar semula?
A. Bahan atau bekas terpakai yang boleh digunakan semula sama ada untuk tujuan yang sama atau tujuan yang lain
B. Bahan mentah yang sangat mahal di pasar
C. Bekas yang baharu dibeli di pasaraya yang terdekat
D. Bahan yang boleh didapati seperti sumber hutan
19. Pilih pekerjaan yang mempunyai kaitan dengan reka bentuk?
i.Doktor
ii.Setiausaha
iii.Pereka Grafik
iv.Arkitek
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
20. Set alatan manakah yang selalunya digunakan dalam penghasilan produk reka bentuk?
A. Pembaris keluli, gunting, pistol perekat panas dan pisau
B. Pembaris keluli, playar gabung, gunting dan pemutar skru
C. Pita pengukur, gergaji tangan, sesiku L dan penggarit
D. Pita pengukur, tukul Warrington, pisau dan playar muncung tirus
AKTIVITI 2
AKTIVITI 3
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN 1
PENILAIAN 2
DISEDIAKAN OLEH:
UST MUSA ISMAIL
SK BINJAL JITRA KEDAH