SELAMAT DATANG KE HALAMAN ILMU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan dalam Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermula tahun 2017 secara berperingkat dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran elektif yang memberi penekanan kepada mereka bentuk dalam penghasilan produk berasaskan teknologi. RBT bertujuan untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan bermakna.
Bidang reka bentuk dan teknologi merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara yang membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti reka bentuk dan menghasilkan produk yang berfungsi.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT KSSM digubal untuk selama tiga tahun persekolahan iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Dokumen ini merangkumi bidang awam, elektrik, elektronik, mekanikal, sains rumah tangga, sains pertanian dan pengurusan kewangan.
Sepanjang persekolahan, murid didedahkan dengan pembelajaran teori dan amali di bengkel-bengkel yang sedia ada. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menekankan penguasaan murid terhadap semua bidang dalam kurikulum RBT.
Kurikulum Standard RBT dirangka untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi mendapat maklumat mengenai pilihan bidang yang diminati dan ingin dipelajari semasa berada di peringkat yang lebih tinggi.
Nama : Nathan Balakhrisnan
Sekolah : SMK Krubong, Melaka
Kelulusan : Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (UTM, Skudai)
: Diploma Reka Bentuk Industri (Politek JB)
Pengalaman : GURU CEMERLANG RBT 2022
: IKON TVET 2021
: TECHYLIMPC CHAMPION-3D PRINTING 2023
: Penulis Buku Teks RBT Tingkatan 3
: Panel Modul PdPc RBT Bahagian Pembanggunan Kurikulum (BPK)
: Ketua Jurulatih Utama RBT Kebangsaan (Pantai Timur)
: Ketua Jurulatih Utama RBT Negeri Melaka
: Panel dan Pengarah Rakaman Video PdPc RBT
: Penceramah Bebas Bengkel Lakaran, Teknik Menjawab
: Pemilik Channel RBT Sir.B.Nathan
: Google Certified Educator Level 1&2