Inovasi Segar Minda merupakan modul latihan berbentuk teka silang kata yang merangkumi bab 1 hingga bab 5 mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 1. Modul ini bukan sahaja boleh digunakan untuk murid tingkatan 1 tetapi juga untuk murid tingkatan 2 dan tingkatan 3 sebagai ulangkaji bagi menghadapi pentaksiran. Latihan yang dikemukakan boleh membantu murid untuk menjawab soalan RBT Bahagian A dan B. Soalan yang dikemukakan adalah merangkumi semua topik dalam tingkatan 1. Setiap topik mengandungi 10 soalan. Soalan yang berbentuk teka silang kata membuatkan murid lebih seronok untuk menjawab di samping panduan huruf yang ada memudahkan murid untuk menjawab soalan seterusnya. Muka hadapan pada modul diletakkan dengan QR Code bagi memaparkan keseluruhan modul. Manakala pada muka hadapan setiap soalan diletakkan dengan QR Code bagi memaparkan jawapan. Inovasi ini adalah idea baru dan lain daripada kebiasaan pendekatan yang berbentuk buku soal jawab. Â
INOVASI SEGAR MINDA
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN SEGAR MINDA
Pertandingan Inovasi PdP Peringkat Daerah Pontian 2018 anjuran PPD Pontian, Johor
Pertandingan Horizon Inovasi & Showcase Amalan Terbaik TS 25 Peringkat Kebangsaan (Citra Pendidik 2020) anjuran IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
National Innovation Competition of Education & Technology 2020 (NICEtech'20) anjuran IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
Pertandingan Inovasi dan Pameran BOS 2018 Peringkat Kebangsaan (iDBOS '18) anjuran IPGK Darulaman, Kedah
Inovasi ini adalah menghasilkan kertas isogrid yang dinamakan Magic Isogrid bertujuan untuk memudahkan objek dilakar secara isometrik bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 1. Inovasi ini juga boleh digunakan untuk murid tingkatan 2 dan tingkatan 3 bagi menghasilkan lakaran isometrik. Dengan menggunakan inovasi ini garisan menegak dan garisan bersudut 30o dapat dihasilkan dengan mudah. Cara menggunakan inovasi ini adalah dengan meletakkan kertas A4 di atas Magic Isogrid, lalu melakar objek dengan menggunakan kaedah menekap berpandukan garisan unjuran isometrik. Murid tidak perlu membina garisan unjuran isometrik bagi membina objek semasa membuat lakaran. Objek yang dihasilkan dapat menggambarkan pandangan dalam bentuk 3D, iaitu gabungan pandangan atas (pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. Penggunaan kaedah ini dapat menghasilkan lakaran yang lebih kemas, tepat dan lakaran dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Murid juga dapat membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris seperti yang disyaratkan. Idea baru ini adalah sangat sesuai digunakan terutama kepada murid yang lemah.
INOVASI MAGIC ISOGRID
SIJIL HAK CIPTA
EduNovation Carnival: Transformation Towards Entrepreneurial Mindset Peringkat Kebangsaan (EdNovaC19) anjuran IPGK Dato' Razali Ismail, Terengganu
Pertandingan Horizon Inovasi dan Kreatif (KIK) / Inovasi PdP Zon Selatan 2019 (Citra Pendidik) anjuran IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Kebangsaan 2019 (iabD) anjuran IPGK Perempuan Melayu Melaka
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2019 (iCompEx'19) anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah
Shine Qari merupakan meja berlampu automatik yang digunakan untuk membaca buku, membaca Al-Quran dan membuat kerja sekolah di tempat yang kurang pencahayaan atau gelap. Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan buku di atas meja, maka lampu akan menyala secara automatik. Lampu akan terpadam dengan sendirinya apabila buku dialihkan. Pengujian dan penilaian kefungsian Shine Qari telah dijalankan bagi mengukur tahap keberkesanannya menggunakan pemerhatian dan soal selidik. Kajian dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas dapat membaca dengan jelas dan lancar. Dapatan daripada soal selidik mendapati 100% responden bersetuju bahawa Shine Qari sangat mudah digunakan, ringkas, menarik, selamat digunakan dan sesuai digunakan di kawasan yang kurang pencahayaan.
INOVASI SHINE QARI
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN SHINE QARI
Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2020 (Pi-ENVEX) anjuran Universiti Malaysia Perlis
Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2019 (NICEtech'19) anjuran IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
International Innovation Competition (INNOCOM 2020) anjuran The Academic International DialogueÂ
National Innovation & Invention Competition 2019 (NIICe2019) anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ruang bilik tidur dan ruang tamu yang kecil dan sempit terutamanya bagi rumah kos rendah menyebabkan tidak banyak perabot dan peralatan yang boleh dimuatkan di dalamnya. Kita perlu menggunakan produk yang mempunyai pelbagai fungsi supaya tidak menyempitkan ruang yang kecil. Oleh hal yang demikian, satu produk yang dinamakan TriDesk telah dicipta. TriDesk merupakan produk yang berfungsi sebagai lampu hiasan, lampu tidur dan meja. Lampu hiasan boleh dihidupkan dan dimatikan menggunakan telefon pintar. Bekalan kuasa untuk lampu hiasan adalah menggunakan tenaga elektrik atau bateri manakala lampu tidur pula menggunakan tenaga elektrik sahaja. Pengujian dan penilaian kefungsian TriDesk telah dijalankan bagi mengukur tahap keberkesanannya dengan menggunakan pemerhatian dan soal selidik. Kajian dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dapatan daripada soal selidik mendapati 100% responden bersetuju bahawa TriDesk mudah digunakan, ringkas dan menarik, selamat digunakan serta sesuai digunakan pada pelbagai tempat. Selain daripada itu, reka bentuknya yang kecil membolehkan TriDesk digunakan pada kawasan yang mempunyai ruang yang kecil dan sempit.
INOVASI TRIDESK
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN TRIDESK
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2021 (iCompEx' 2021) anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah
International Innovation Competition (INNOCOM II, 2021) anjuran The Academic International DialogueÂ
National Jamming of Innovation Ideas 2021 (NJoll'21) anjuran SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor
Bermula pada pertengahan November 2021, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bersemuka di sekolah telah dijalankan secara penggiliran bagi tingkatan 1, 2 dan 3. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan, di mana kumpulan A secara bersemuka dan kumpulan B secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pada minggu berikutnya pula, kumpulan B secara bersemuka manakala kumpulan A secara PdPR. Hal ini telah menyebabkan sesi pembelajaran agak terbatas dan mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan silibus. Murid juga tidak dapat mengikuti kelas bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sepenuhnya seperti sebelum pandemik melanda negara. Oleh yang demikian, saya telah membangunkan satu inovasi yang dinamakan Kiosk e-Pembelajaran RBT menggunakan aplikasi Google Sites dengan tujuan bagi memudahkan murid tingkatan 1-3 untuk mengakses kelas RBT di mana-mana sahaja terutama di rumah mereka. Kajian dijalankan terhadap 35 orang murid tingkatan 2 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Dapatan daripada soal selidik yang dijalankan secara dalam talian menggunakan Google Forms mendapati mejoriti murid bersetuju bahawa inovasi Kiosk e-Pembelajaran RBT adalah mudah digunakan, menarik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Murid juga dapat mengakses pelbagai kuiz dalam talian, modul latihan dan bahan bacaan. Selain membantu murid, inovasi ini juga dapat membantu guru-guru di seluruh negara untuk mendapatkan bahan bantu mengajar bagi kegunaan di sekolah mereka.
INOVASI KIOSK e-PEMBELAJARAN RBT
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN KIOSK E-PEMBELAJARAN RBT
International Conference On Teacher Education 2022 anjuran IPGK Sultan Mizan Terengganu
Seminar PINANG 2022 STEM Digital Peringkat Kebangsaan anjuran IPGK Pulau Pinang
Pertandingan Pencalonan Anugerah Guru Inovasi (AGI) PdP Kategori Berkumpulan Daerah Pontian Tahun 2022 anjuran PPD daerah Pontian
Fasiliti sekolah yang serba kekurangan menyebabkan ketidakselesaan kepada murid sewaktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di jalankan. Oleh hal yang demikian, satu produk yang dinamakan BrightCool telah dicipta. BrightCool merupakan sebuah lampu meja yang menggabungkan lampu dan kipas. BrightCool boleh diletakkan di atas meja belajar atau di mana-mana lokasi yang sesuai. Lampu akan menyala dan kipas akan berfungsi apabila mengesan objek yang berada pada jarak kurang atau sama dengan 20cm. Lampu akan terpadam dan kipas akan berhenti berpusing apabila jarak objek lebih daripada 20cm. Penggunaan penderia jarak (ultrasonic sensor us-016) berfungsi untuk mengesan objek yang berhampiran dengan lampu meja tersebut. Pembinaan BrightCool adalah bagi memberi keselesaan kepada pengguna di samping boleh menjimatkan tenaga elektrik kerana lampu akan terpadam dan kipas akan terhenti dengan sendirinya apabila objek berada jauh daripada lampu meja. Pengujian dan penilaian kefungsian BrightCool telah dijalankan bagi mengukur tahap keberkesanannya dengan menggunakan pemerhatian dan soal selidik. Kajian dijalankan terhadap 27 orang responden. Dapatan daripada soal selidik mendapati 100% responden bersetuju bahawa BrightCool boleh menyamankan ruang dan selamat digunakan. 96% responden menyatakan BrightCool mudah digunakan dan sesuai digunakan di kawasan yang kurang pencahayaan. Selain daripada itu, reka bentuknya juga ringkas dan menarik.
INOVASI BRIGHTCOOL
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN BRIGHTCOOL
Innovation Competition International Symposium On Child Education (ISCE 2022) anjuran IPGK Perempuan Melayu Melaka
Kos sara hidup yang tinggi pada masa ini menyebabkan suami dan isteri sama-sama bekerja bagi menampung kehidupan keluarga. Mereka yang bekerja akan terbeban untuk menjalankan tugas di pejabat dan menguruskan kerja-kerja rumah. Antara kekangan yang dihadapi adalah semasa mengangkat jemuran pakaian di luar rumah ketika hari hujan. Oleh hal yang demikian, satu produk yang dinamakan Ampaian Anti Hujan telah dicipta. Ampaian Anti Hujan berfungsi dengan cara penderia air mengesan kehadiran air hujan. Kemudian, servo motor bertindak menggerakkan ampaian ke kawasan yang berbumbung. Oleh itu, pakaian yang dijemur tidak akan basah walaupun hari hujan. Pengguna juga akan menerima notifikasi daripada telefon pintar ketika hujan turun di rumah. Notifikasi ini akan diterima di mana sahaja pengguna berada pada ketika itu. Pembinaan ampaian ini dapat menghilangkan kerisauan pengguna daripada jemuran pakaian menjadi basah. Secara tidak langsung, ampaian ini memudahkan pengguna yang bekerja untuk menjalankan kerja-kerja rumah. Pengujian dan penilaian kefungsian Ampaian Anti Hujan telah dijalankan bagi mengukur tahap keberkesanannya. Maklumat telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik. Kajian dijalankan terhadap 35 orang responden. Dapatan daripada soal selidik mendapati 100% ressponden bersetuju bahawa ampaian mudah digunakan serta reka bentuknya ringkas dan menarik. 94% responden menyatakan bahawa pakaian tidak basah walaupun hujan. 97% responden bersetuju ampaian selamat digunakan serta menjimatkan masa bagi menjemur dan mengangkat pakaian ketika hujan.
INOVASI AMPAIAN ANTI HUJAN
SIJIL HAK CIPTA
VIDEO KEGUNAAN AMPAIAN ANTI HUJAN
Pertandingan Inovasi Amalan Terbaik Bilik Darjah (iabD 2023) Peringkat Kebangsaan anjuran IPGK Perempuan Melayu Melaka
International Innovation Competition 2023 (INNOCOM IV) anjuran Academic International Dialogue Academy Malaysia