EDUP 2112_MUHAMMAD FAKHRUR RAZI BIN ABDUL RAHMAN
Secara ringkasnya, aplikasi interaksi dalam pembelajaran digital sebenarnya sangat menarik untuk dijalankan dalam sesi pembelajaran. Hal ini kerana, dapat merangsang minat pelajar dalam perkembangan minda mereka agar sentiasa berhubung ketika belajar. Murid tidak akan berasa jemu atau bosan dengan kaedah seperti ini. Contohnya,aplikasi Kahooot!, Canva dan Wordwall yang yang mengandungi pelbagai permainan interaktif.
Walaubagaimanapun, ini juga merupakan satu cabaran bagi saya sebagai seorang guru dalam mempertingkat Kemahiran dan kecekapan menggunakan aplikasi-aplikasi ini. Misalnya,saya mengambil masa yang agak lama untuk mengendali aplikasi interkatif ini. Selain itu, tugas guru juga dalah untuk membimbing murid agar turut mahir menggunakan aplikasi interaktif yang kesannya dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran secara digital dengan lancar.
Justeru, saya mengambil inisiatif bagi memperkasa kemahiran teknologi dan multimedia dengan menyertai kursus kemahiran pembelajaran digital dan belajar sendiri dengan rujukan guru yang mahir dalam bidang ini sebagai satu titik penambahbaikan diri dan latihan kecekapan diri saya. Selain itu, saya juga banyak merujuk dan berbincang bersama rakan yang lebih arif dalam menggunakan aplikasi interaktif ini.
KOMEN REFLEKSI PEMBELAJARAN ANDA DI SINI
https://www.menti.com/al8ic1pmhdzi
SILA AMBIL 1 MINIT UNTUK JAWAB SURVEY DI ATAS!