Dilahirkan pada tanggal 13 Januari 1967 di Kampung Atas Tol, Terengganu.
Merupakan cahaya mata sulung daripada 11 orang adik beradik.
Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Terengganu
Meneruskan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Khairiah seterusnya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin ketika di tingkatan 4 hingga 6 atas.
Melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 4 tahun.
Mula melebarkan sayap dan menjalankan tugas sebagai seorang pendidik pada tahun 1993.
Berpengalaman dan berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 26 tahun
6 bulan : Sekolah Menengah Free School Pulau Pinang selama 6 bulan
4 tahun : Sekolah Menengah Seberang Jaya, Pulau Pinang
1- 4 bulan : Bukit Tinggi Bukit Mertajam
1 bulan : Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
22 tahun (1 Mei 1998-16 Jun 2020) : Sekolah Menengah Kebangsaan ST Patrick
17 Jun hingga kini : Sekolah Menengah Jalan Paya Besar
8. Telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran 7 orang cahaya mata bersama pasangan hidup, Encik Sulong bin Mamat.
"Kekalahan merupakan langkahan awal untuk berjaya"