Tarian Joget ialah salah satu tarian tradisional Melayu yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan Indonesia, khususnya di Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia terkenal sebagai tarian hiburan rakyat yang bersifat santai, ceria, dan mengundang suasana gembira. Tarian ini biasanya dipersembahkan dalam majlis keramaian seperti perkahwinan, pesta rakyat, atau persembahan kebudayaan.
Tarian Joget dipercayai mempunyai pengaruh Portugis melalui tarian rakyat mereka yang dibawa masuk ke Melaka pada zaman kolonial. Unsur-unsur muzik dan gerak tarinya disesuaikan dengan budaya tempatan, menjadikannya tarian Melayu yang unik.
Penjelasan berkaitan tarian joget dan rentak joget boleh rujuk QR di sini.
Rajah berikut merupakan penulisan bagi rentak asas joget dan panduan memalu gendang.
REBANA
ACCORDION
BIOLA
GONG
Secara keseluruhan, rentak asas dalam tarian tradisional Melayu memainkan peranan penting sebagai pengiring muzik yang menentukan langkah penari. Melalui alat muzik tradisional dan pola rentak yang tersusun, seni budaya ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik tentang nilai warisan, kesopanan, dan perpaduan masyarakat.