Menurut Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008), "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".
Akta OKU 2008 diperkenalkan berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal.
Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada pelbagai perkara antaranya Pekerjaan dan Pendidikan, Akta OKU 2008 secara umumnya memberikan peluang yang baik untuk mempromosikan hak golongan OKU. Walau bagaimanapun, akta ini tidak terlepas daripada kritikan kerana ketiadaan peruntukan penalti sekiranya berlaku tindakan guaman dan kecuaian kepada pihak berkuasa.
KATEGORI OKU
Golongan OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas tiada keupayaan dan kanak-kanak kelainan upaya tidak boleh dikecualikan dari pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat.
Kerajaan dan institusi pendidikan perlulah menyediakan material sokongan pengajaran seperti bahasa isyarat dan Braille.
Golongan OKU haruslah mempunyai hak untuk mendapat peluang pekerjaan yang saksama.
Pihak majikan wajarlah melindungi hak OKU dengan memberikan kesataraan dengan OKU termasuk peluang yang sama dan penggajian untuk kerja yang sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang selamat dan sihat daripada sebarang ancaman dan gangguan.
Terdapat tiga prinsip utama pendekatan hak asasi manusia yang penting dilaksanakan bagi mengurangkan persepsi negatif dan diskriminasi masyarakat terhadap golongan OKU. Tiga prinsip utama tersebut adalah seperti yang tertera di bawah:
ISU BERKAITAN HAK ASASI OKU DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan isu-isu di atas, terdapat segelintir pihak ibu bapa berasa malu mempunyai anak OKU dan memilih untuk menyembunyikan mereka di rumah. Sebaliknya, ibu bapa perlulah bertanggungjawab mengenal pasti potensi anak mereka lebih-lebih golongan OKU dengan mendaftar anak OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hal ini demikian kerana mereka perlukan bimbingan dan pendidikan kerana ada pendidikan yang khusus untuk mereka sama ada di sekolah harian biasa atau di Pusat Dalam Komuniti (PDK). Dengan ini, mereka dapat menceburi potensi diri dalam bidang pendidikan sekali gus mengecapi kehidupan seperti golongan normal yang lain.
Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid termasuk golongan OKU dengan tidak menyisihkan mereka di dalam kelas dan memberi layanan yang sama rata kepada mereka tanpa ada unsur diskriminasi terhadap mereka. Guru juga tidak sepatutnya menuturkan kata-kata tidak elok yang boleh mengguris hati murid-murid ini sekali gus mencalar maruah atau imej sebagai pendidik.